My Precious Moment!!!

Friday, April 20, 2018

TUESDAY DINNER BUFFET @ GOLDEN SANDS RESORT PENANG NOVEMBER 2017



..from my youtube channel..


..tentang bufet..

  1. 'international buffet' setiap isnin dan selasa
  2. 40% diskaun sekiranya mendaftar dengan 'golden circle member' (daftar ja free .. tiada bayaran dikenakan..)
  3. makanan yang dihidangkan memang amat memuaskan dan sedap..
  4. servis pun baik kali ni..
  5. rasanya promosi ni masih ada lagi sekarang.. cuma kali ni berbeza sikit..iaitu beli 1 (harga dewasa) percuma seorang..harap faham lah nuu..
  6. di sini memang banyak variasi buffet yang menarik..terutama sekali dihujung minggu..
  7. sekiranya berminat boleh klik di sini untuk melihat info lebih lanjut..



..di bawah saya kongsikan foto beberapa hidangan yang ada di sini..(menu mungkin berbeza pada setiap hari dan minggu)















..selamat berbufet..


shima
XOXOXO


Saturday, February 3, 2018

GRAND CONTINENTAL HOTEL PAHANG 2017



#THROWBACK - 2017


..Salam dan Hello buat semua..
..ya entri kali ni berkisar cerita tentang tahun lepas..
..percutian ke pahang dan terengganu..
..sepatutnya dah lama masukkan entri ni..tapi asyik bertangguh ja..satu.. sebab keadaan tak sihat..jadi bila nak menaip ni memang tak kuat..makanya saya lebih banyak buat entri di youtube saja sebab lebih senang..mudah dan cepat..hee hee..

..jadi tak mau nak membebel banyak..kita terus ja la ke sana..
..pertamanya kita nak cerita tentang tempat penginapan kami sewaktu kami di kuantan pahang..


..sedikit info..


  1. hotel yang 'otai' dah rasanya..sebut ja nama grand continental ni..orang lama mesti tau la kan..;)
  2. sebuah hotel yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia..tapi ada juga hotelnya punya nama yang lain..namun masih di bawah pemilikan yang sama..dulu di pulau pinang ada hotel ni..tapi sekarang dah bertukar milik rasanya..yang di alor setar kedah saya pernah menginap di situ..
  3. ruang lobinya memang luas dan selesa
  4. ada sebuah restoran 'manja coffee house' yang menyajikan hidangan tempatan dan barat
  5. ada sebuah kolam renang (tiada photo) sebab kami tak sempat nak melihat ke situ pun..;)
  6. parking OKU ada..di depan hotel..tapi ruang laluan agak sempit.. serta di tambah dengan lot parkir biasa untuk tetamu hotel..adakalanya parkir untuk OKU pun digunakan oleh mereka yang bukan OKU..sedihkan..huu huu..
  7. bilik untuk OKU tiada (bila saya menalifon mereka untuk bertanyakan hal ini sebelum membuat tempahan..saya diberitahu ada bilik OKU.. tapi bila dah sampai..lain pula ceritanya)..
  8. untuk info lebih lanjut tentang hotel sila klik di sini ..


..lampiran foto di bawah..

..tahun 2017 adalah tahun melawat pahang dan terengganu..dan rasanya disambung lagi pada tahun 2018 ni..

!!!WELCOME TO PAHANG!!!



..ruang depan hotel..
..identiti hotel adalah ukiran singa yang boleh dilihat di pintu masuk hotel..laluan kerusi roda ada disediakan..



..staff di bahagian kaunter depan agak kurang mesra..mungkin sebab saya ni berkerusi roda agaknya..staf di situ tak dapat memberi jawapan yang tepat samaada bilik OKU ada atau tiada..ini agak mendukacitakan kerana saya telah dimaklumkan ada bilik OKU sebelum saya datang lagi..


..ruang yang sememangnya luas-kan..



..melalui 3 gambar di atas..dapat dilihat ruang lobinya yang luas dan selesa..


'VISIT PAHANG MALAYSIA 2017'
LOGO




'room tour'
from my youtube channel



..di bawah ni antara kemudahan yang terdapat dalam bilik di sini..





..ruang bilik memang luas dan kemas..
..tahap kebersihan okay namun masih boleh dipertingkatkan..





..sejadah..seterika dan papan seterika memang tersedia dalam bilik..



..pemandangan dari tingkap bilik hotel kami yang 
terletak di tingkat 7..


..menu makanan dari bilik..(room service)
..jadi boleh order ja makanan dari bilik..
..sudut harga pula bagi pendapat peribadi saya mungkin agak sedikit mahal la mengikut taraf bintang hotel ni..






..antara hidangan sarapan bufet di sini..



..CUCUR BILIS..











..ruang dalam manja cafe agak sempit..(bagi yang berkerusi roda)
..tetamu hotel boleh pilih untuk menjamu sarapan dalam manja cafe yang berhawa dingin..atau di sisi luar..


..KOPI DAN TEH


..NASI LEMAK..


..MEE GORENG..


..YONG TAU FU..


..BUBUR NASI DAN SOSEJ SERTA 'BAKED BEAN'


..PILIHAN MEE BERSUP / LAKSA..
(menu bertukar setiap hari)





..ANEKA KEK..



..sarapan bufet di sini agak sederhana tetapi amat memuaskan..
..staf di sini juga baik banyak membantu saya..

..ini saja dari grand continental pahang..

..jumpa lagi..

Shima
XOXOXO


..!!!CUTI CUTI MALAYSIA!!!..



Thursday, December 28, 2017

KOLAM RENANG DI HOTEL SWISS INN SUNGAI PETANI (DIBUKA UNTUK UMUM)





..from my you tube channel..






..!!berita baik!!..
  ..untuk penduduk sekitar sungai petani dan yang sewaktu dengannya..

..sebuah hotel yang agak terkenal dan mempunyai beberapa hotel di seluruh Malaysia dan dikenali dengan nama 'swiss inn'..
..namun istimewanya cawangan di sungai petani ini yang mempunyai sebuah kolam renang yang besar.. telah di buka untuk umum dengan dikenakan sedikit bayaran..ini amat menarik sekali kerana bukan semua hotel mampu berbuat sedemikian..
..pada mereka yang berkeluarga dan teringin nak mandi kolam renang dalam hotel..inilah masa dan ketikanya..:)
..saya pun sempat bawa anak buah dan anak jiran datang beriadah di sini..kita bagi budak budak seronok jer..;)



..SEDIKIT INFO..

  1. parkir disediakan dalam hotel..tapi kalau penuh boleh ja parkir di luar hotel..tiada bayaran dikenakan bila parkir dalam hotel..
  2. tiket masuk kolam renang boleh dibeli di lobi hotel
  3. kalau tak silap kolam dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam..
  4. harga untuk dewasa rm15 dan kanak kanak rm7 sahaja..nak harga pakej sekali makanan pun ada disediakan..
  5. pada yang tak mandi tetapi sekadar meneman ja tiada bayaran dikenakan
  6. kolam yang besar dan panjang..ada bahagian untuk orang dewasa dan juga kanak kanak
  7. makanan dan minuman ringan boleh ja bawa dari luar..tapi janganlah bawa makanan berat masuk situ..
  8. ada gerai disediakan pihak hotel yang menjual minuman dan makanan ringan di tepi kolam dengan harga yang sangat berpatutan
  9. nak makanan lain boleh ja.. masuk restoran hotel dan pesan ala carte menu lain yang diingini..makan tepi kolam pun boleh
  10. pakaian masih basah (dibadan) kerana mandi di kolam renang..tidak dibenarkan masuk ke restoran..
  11. pakailah pakaian yang sesuai untuk mandi dan jagalah kebersihan dalam hotel terutama sekali di kawasan kolam okay
  12. untuk info lebih lanjut sila hubungi hotel di no telefon ini 04-4223333

..saya lampirkan sebahagian foto sewaktu di sini..





..seronok la dapat makan cucur udang..biasala..bila dah mandi..lapar la kan..sewaktu ke sini kami memang bawak bekal nasi dan lauk dari rumah..tapi tak bawak masuk ke hotel..dalam hotel kami cuma bawa masuk minuman soda..mineral water..keropok dan kacang..jer..nasi dan lauk kami semua jamah di parkir lot pasar raya aman jaya mall sungai petani..berkelah dalam kereta..hee hee..lepas tu bagi la budak budak tu masuk ronda pasar saya..;)


..ni dah siap nak balik dah..seronok nak pi aman jaya mall pulak..dah janji kenalah bawak pi jugak walaupun dah letih..



..kawasan mandi untuk anak anak kecil..


..macam macam ada jual..


 ..antara gerai jualan yang ada berdekatan kolam renang..




..antara menu ala carte yang ada di restoran..

 ..CHAR HOR FUN..
(bukan koay teow kung fu okay)
..penggemar makanan cina pasti kena cuba ni..salah satu kegemaran saya..memang sedap dan asli rasanya..yang penting halal la kan..berbaloi dengan harga..udang..sotong ..ayam banyak isinya..mak pun pertama kali makan..sedap sangat katanya..hidangan besar..bolehla kongsi berdua..hee hee..bergantung pada saiz perut jugak..haa haa..
!!!SANGAT SANGAT REKEMEN!!!



 ..CUCUR UDANG..
..banyak potongannya..udang pun banyak..cuma kalau boleh timun dan sengkuang tu bagi la lebih sikit..benda tak mahal pun..;) kuah kacang memang saya minta lebih..sebab tak cukup lah nak mencicah..:)



 ..nasi goreng kampung..
..sedap juga..cukup lengkap semua..TERBAIK!!..



..saya dan mak..lepak ja dalam restoran..sejuk sikit ada air con..hee hee..kami tak mandi jadi penunggu setia ja..


...okay la untuk kali ni..

jumpa lagi!!

Shima
XOXOXO