My Precious Moment!!!

Wednesday, May 16, 2012

MEE KUAH KICAP SIMPLE SIPUT LALA.


WORDS FOR TODAY



Sarcastic - Menyindir.









Bahan-bahanya.

Mee kuning 1kilo
Taugeh 250 gram ( lebih pun okay)
Sayur sawi 3 atau 4 tangkai 
Cabai hidup
Limau nipis
Tau Hu (di goreng)
Cili padi
Daun bawang dan sup (separuh untuk hiasan dan letak dalam kuah)

Bahan-bahan untuk kuahnya.

10 biji bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
Halia sebesar ibu jari (di ketuk jer..)
10 biji cili padi diketuk ( suka pedas lebih, if not kurangkan)
Tomato 2 biji di potong kasar
Ayam 2 ketul di potong kecil-kecil.
Siput lala 350 gram  di basuh bersih bersih ( lebih pun tak pa)
Shitake mushroom 6 biji di rendam dengan air panas (potong ikut suka)
Kicap cair 4 camca besar
Kicap pekat 4 camca besar 
Sos tiram 4 camca besar
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk lada putih dan lada hitam (ikut suka)
Serbuk pati ayam secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara.

1. Tumis bawang putih, halia yang di ketuk, bawang besar dan cili padi yang diketuk dalam minyak sehingga naik bau. 

2. Letakkan isi ayam, shitake mushroom dan siput lala. Gaulkan sekejap lepas tu masukan air lebih kurang dua liter atau lebih ikut suka. 

3. Terus masukkan kicap cair,pekat, sos tiram, serbuk lada hitam, lada putih, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. 

4. Setelah mendidih masukkan daun bawang dan daun sup yang telah di potong kasar kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air ke dalam kuah. 

5. Kacau sebentar dan tutupkan api.


Kalau semua dah siap, bolehlah dihidangkan dan makan bersama keluarga. :))

Terima Kasih juga pada suami, yang bersusah payah menyediakan dan menyiapkan hidangan ini. XOXOXO....





No comments:

Post a Comment