My Precious Moment!!!

Tuesday, May 22, 2012

Siput Kepah Goreng Pedas Berserai






Thanks to our neighbour..Mie and his wife Liza..sebab kasi kepah yang fresh ni pada kami..dapat juga kami masak stir fry ni...sedap kali..:)



Bahan-bahannya..

1 1/2 kilo siput kepah.
*3 biji bawang kecil.
*3 biji bawang putih.
*7 biji cili padi.
*1 biji cabai hidup.
*1 inci halia .
3 batang serai ( di ketuk ).
2 camca besar serbuk cili.
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil kecil serbuk kunyit.
1 camca sos tiram.
1 sudu kecil kicap cair
Sos ikan atau garam secukup rasa. (saya guna sos ikan).
2 keping asam keping. (size kecil)
Sedikit pati ayam.
Sedikit minyak untuk menumis.
Bahan bahan yang bertanda * (dicincang halus)

Cara penyediaannya..


  1. Tumiskan bahan yang telah di cincang halus bersama serai dalam minyak
  2. Setelah naik bau masukkan serbuk cili, ketumbar,jintan manis dan serbuk kunyit bersama sedikit air.
  3. Kacau sebentar, kemudian masukkan asam keping, sos tiram dan kicap cair dan kacau lagi.
  4. Masukkan siput kepah, gaul lagi , selepas itu masukkan sos ikan dan tutup kuali tu sebentar.
  5. Selepas 2 ke 3 minit, buka penutup kuali dan kacau lagi. Boleh tutup api
  6. Di hidangkan bersama nasi panas. ;)

No comments:

Post a Comment