My Precious Moment!!!

Thursday, June 14, 2012

Nutmeg Balm and Lemongrass Balm

Salam.. semua... rasa nak story sikit tentang balm yang dah dibeli mydin dan diguna ni selama lebih kurang 1 bulan lebih ni... saya tak boleh nak buat ulasan awal tentang produk ni sebab tak guna lagi macamana nak tahu kesannya, betul tak?..

Apapun ni sikit aje ulasannya tentang produk ni..

Saya telah membeli 2 jenis balm, serai wangi dan buah pala, dalam set yang mempunyai 3 bekas setiap satu set, dengan harga RM4.80sen. Kalau tengok harga tu memang berpatutan sangat.. biasalah barang kat mydin kan murah.. Hee Hee.

Okaylah, kedua-dua jenis balm ni mempunyai tekstur yang agak lembut, berlainan sikit dengan balm lain yang pernah saya ada yang agak kasar. Best jugak sebab senang nak di sapu ke bahagian badan yang sakit.:)

Bau memang wangi la.. cuma yang buah pala punya tu.. agak konfius sikit baunya...LOL..still okay though.. saya selalu sapu bahagian perut,tangan/lengan  dan bahagian kaki suami yang sapukan sebab saya tak mampu nak buat..setiap malam mesti sapu sebab tak nak masuk angin dalam badan..:) maklumlah dah lumpuh ni..:(

Cuma bagi saya balm ni tak cukup panas macam balm balm lain yang pernah saya ada..namun masih berbaloi untuk dimiliki oleh seisi rumah.. oleh sebab ianya tak berapa panas mungkin boleh disapukan pada budak budak.. sapuan ringan ajelah..ingat tu..!

Dengan harga yang murah, tak rugi untuk mencuba mungkin lebih sesuai dengan anda berbanding saya mana tahukan...:)






Balm ni ada status halalnya dan diluluskan oleh kementerian kesihatan jadi tak perlu risau untuk menggunakannya.

Saya buat penilaian produk ini berdasarkan pengalaman saya  sendiri dan saya juga TIDAK dibayar untuk membuat ulasan ini dan saya membeli sendiri produk ini.




No comments:

Post a Comment