My Precious Moment!!!

Wednesday, June 13, 2012

Pasar Raya Mydin Taman Saga Alor Setar








PASARAYA MYDIN MALL, TAMAN SAGA ALOR SETAR


Salam penuh mesra untuk semua..

Hari ni nak cakap sikit tentang pasaraya Mydin Taman Saga Alor Setar. Kunjungan pertama kali kat pasaraya ni buat pertama kali, memang mengujakan..sebab saya tak pernah berkunjung ke mana-mana mydin sebelum ni, cuma pernah dengar tentangnya aje.

Khabarnya, waktu kunjungan kami ke sana, Mydin ni baru dua bulan beroperasi. Hebat jugak pasaraya Mydin kat sini, BESAR, beroperasi dalam bangunannya sendiri (ala-ala TESCO), kira okaylah kan..:). Sebab ianya baru dibuka, jadi masih ada beberapa kedai yang masih belum disewa.

Yang seronoknya kat mydin ni, barang-barang yang dijualnya murah dan tu yang perlu diambil kira apabila kita berbelanja. Produk 1Malaysia pun ada kat Mydin tau.. Hee Hee. So, bolehlah dan senang sikit buat perbandingan harga dengan produk lain.

Secara jujurnya, saya suka dengan susun atur produk dalam Mydin ni, sangat menarik perhatian saya untuk terus membelih belah kat situ walaupun budget dah tak dak.. sebab (2 hari sebelum tu, dah shopping sakan dekat Jusco Perda). No worries though, kami tak membazir pun, cuma beli yang perlu ja. Oh Ya!! mesin ATM ada kat sini so tak payah risaulah kan.. cuma kena risau kalau duit dalam akaun je yang habis ;).

Kebanyakan pasaraya kat Malaysia sekarang dah mesra OKU, cuma selalu yang menjadi perhatian saya ialah tempat parkir kereta. Setengah pasaraya tak sediakan langsung petak khas untuk OKU dan sesetengahnya ada menyediakan, tapi untuk pemandu OKU sahaja. Saya rasa ini macam tak adil, kerana saya juga golongan OKU yang berkerusi roda dan memerlukan ruang parkir untuk memunggah kerusi roda saya. Dah banyak kali saya dan suami dihalau dari tempat parkir OKU hanya kerana bukan saya yang memandu. Kenapa mereka tak boleh faham bahawa bukannya semua golongan OKU boleh memandu kereta. Sedih sangat rasa hati..tapi apalah dayakan...

Okay, cheer up.. balik.. Hee Hee.. apapun memang best kat sini.. Boleh singgah lagi lain kali.. :)




















No comments:

Post a Comment