My Precious Moment!!!

Sunday, June 24, 2012

Produk 1Malaysia

WORD FOR TODAY

Animus - kebencian, permusuhan.


Salam sayang untuk semua..

Semasa kunjungan ke MYDIN yang lalu kami..ternampak produk 1Malaysia yang tersusun rapi di atas rak bersama dengan produk-produk yang lain. Sememangnya terasa sangat teruja kerana selama ni pernah dengar je, tapi tak pernah melihat sendiri barangnya. Jadi, kesempatan ni kami pun buatlah perbandingan harga.

Kalau dari sudut harga, tak banyak sangat jauh bezanya. Contohnya, susu sejat 1Malaysia dengan susu sejat keluaran yang lain beza harga antara lebih kurang RM0.10 sen ke RM0.40sen. (jenama yang berbeza).

Banyak juga barangan yang di wartakan sebagai produk  1Malaysia ni. Ianya lebih kepada barangan keperluan seisi rumah. Jadi secara tak langsung kewujudan produk ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak untuk berjimat.

Secara jujurnya, produk 1Malaysia ni lebih kurang sama dengan  produk keluaran pasaraya besar yang mempunyai jenama mereka sendiri seperti Tesco, Giant Carefour dan lain-lain. Cuma mungkin produk 1Malaysia ni lebih dekat dekat pengguna kerana banyak kedai 1Rakyat telah disediakan di kawasan luar bandar. Di tempat saya sendiri iaitu di Padang Serai juga baru-baru ini telah dibuka kedai 1Rakyat. :)

Dari sudut kualitinya, saya tak dapat nak buat ulasan dengan lebih lanjut kerana saya belum menggunakan produk ini lagi. Ya, saya ada membelinya, cuma belum menggunakannya lagi. Apabila saya dah guna produk ini saya akan beri pendapat saya sendiri mengenainya. :)











Keputusannya:- 13/10/2012.

Maaflah, sebab ambil masa yang lama baru nak buat penilaiannya. Sedangkan lepas syawal hari tu patutnya saya dah selesaikan entri tentang produk 1Malaysia ini. :)

Saya telah pun menggunakan susu sejat 1Malaysia yang telah saya beli sewaktu ke pasaraya Mydin dan  telah menggunakannya untuk memasak  pada hari raya yang lalu.







Inilah hasilnya :). Secara jujur, semasa membeli produk 1Malaysia ni, tak lah mengharap sangat yang kualitinya setanding jenama lain. Tapi, rupa-rupanya tidak. Boleh tahan jugak sebenarnya,susu sejat yang saya beli tu dan ini membuatkan saya ingin membeli lagi produk lain jenama 1Malaysia. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan cuba memberi ulasan tentang produk 1Malaysia yang lain pulak nanti.

Setakat ini saya berpuas hati!!. Mudah-mudahan produk-produk lain 1Malaysia juga mempunyai tahap kualiti yang setanding dengan jenama lain. Kita tengoklah macamana nanti ye. TUNGGU!!!!

Kiranya anda juga pengguna produk 1Malaysia ini, bolehlah kongsi pengalaman dan pendapat anda okay?!!!

Sekiranya, anda ada idea, komen, soalan atau permintaan bolehlah isikannya di petak bawah atau emel terus ke shimatm75@gmail.com.


Terima Kasih kerana sudi singgah ke halaman blog saya.

Salam Sayang
Shima











No comments:

Post a Comment