My Precious Moment!!!

Thursday, July 5, 2012

Buku Malam Pertama di Alam Kubur









Assalamualaikum semua,

Tentang buku ni.... Tengok tajuk pun dah rasa berderau darah..:).. but no ones to blame because diri sendiri yang nak beli buku ini untuk dibaca dan nak menambah ilmu didada.

Sebenarnya memang dah lama mencari buku sebegini.. tidak ada maksud yang tersirat..cuma sekadar ingin sentiasa mengingati diri tentang saat-saat kematian agar timbul rasa keinsafan diri dan sentiasa redha dan bersedia apabila diseru nanti untuk kembali padaNYA...

Buku ini harga asalnya RM12, tapi oleh kerana dah jadi regular customer di situ saya dapat dengan harga RM5 sahaja. Saya beli buku ni di House of Egypt yang terdapat di kebanyakan pasaraya kat Malaysia ni.

Buku ini cuma ada 136 mukasurat jer, tak begitu tebal. Kandungan buku ini banyak menceritakan tentang bagaimana saat-saat kematian (wafat) Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W dan para-para sahabatnya. Ada juga cerita tentang bagamaina dasyatnya kubur itu sendiri dan apakah yang bakal kita lalui sewaktu di sana kelak.

Kalau nak tahu lebih lanjut dapatkan lah buku ini atau boleh pilih buku yang seumpama ini dari pengarang yang  berlainan pula. Inilah yang akan saya buat jugak.:)

Walauapapun buku yang kita baca terutama sekali yang berkaitan dengan agama Islam itu sendiri, kita hendaklah berguru dan banyak bertanya agar kita lebih yakin dan memahami dengan lebih mendalam apa yang telah kita baca. Bukannya apa, kadang-kadang terdapat error in typing ka or masa printing buku tu ka dan bila kita membacanya boleh menyebabkan kita keliru dan ini amat bahaya takut terpesong aqidah kita. Jadi berhati-hatilah apabila memilih bacaan anda dan jangan cepat membuat andaian sendiri tanpa merujuk pada yang lebih arif.

Semoga kita semua berusaha untuk untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah dan sentiasa menuju ke jalan yang BENAR.. dan PERCAYAlah... MATI itu PASTI tiba jua.. Itulah JANJI Allah.. S.W.T


Saya buat penilaian produk ini berdasarkan pengalaman saya  sendiri dan saya juga TIDAK dibayar untuk membuat ulasan ini dan saya membeli sendiri produk ini.



No comments:

Post a Comment