My Precious Moment!!!

Tuesday, July 17, 2012

Luahan Hati...

Assalamualaikum...

Sejak cuaca tak menentu ni.. hujan jer.. mula la asthma menyerang. Dah beberapa hari dah susah nak tidur malam.. susah nak bernafas..bagi yang ada sakit penat ni, mesti faham apa yang saya lalui..Memang sukar sebenarnya... sangat sukar di tambah dengan keadaan diri yang terbaring ja.

Apapun diri ini haruslah terus tabah dan kuat dalam mengharungi segala dugaan yang Allah beri ini.

Ramadhan pun dah dekat sangat dah ni, lagi beberapa hari ja..semoga cepatlah sembuh agar senang nanti nak menunaikan ibadah puasa..

Blog pun dah tak terurus sangat.. banyak yang nak di muat naik lagi dan banyak jugak yang masih belum dikemas kini. Nak menaip tu yang malas, bukannya apa jari boleh guna 3 jer.. mudah rasa letih dengan keadaan mengiring sambil menaip ni benar-benar menguji kesabaran :).

Semoga hati ini akan terus cekal dan yakin bagi melakukan segala urusan di dunia ini dan juga urusan yang akan membawa kita ke SANA kelak...:). Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untukku..oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment