My Precious Moment!!!

Monday, July 30, 2012

SHOPPING RAYA!!! :)






Assalamualaikum semua. Semoga semuanya sihat dan sedang berbahagia dengan keluarga yang tersayang.

Letih sungguh rasanya bila dah sampai hampir hari yang ke-10 berpuasa ni. Selalunya orang kata, bila dah nak sampai keseparuh bulan kita berpuasa makin bertambah letih rasanya. Ada pula waktunya, kita tewas tatkala berdepan dengan masaalah kesihatan yang kronik. Mungkin inilah nikmat dan dugaanya apabila terpaksa menahan diri dari segala nafsu yang sentiasa dekat dengan kita tanpa kita sedarinya. Mahu atau tidak, suka atau tak, kita terpaksa mengharunginya dan berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi segala rintangan yang ada. Hanya keampunan yang mampu ku mohon darimu YA Allah di atas segala dosa yang telah aku lakukan,

Kesihatan ni ada sedikit terganggu sejak dari hari yang kelima lagi, tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dan diatasi dengan sokongan dari suami. Pada hari Sabtu (28/7/2012) baru ni pergi membeli baju raya untuk anak saudara di pasaraya The Store (Pacific Megamall). Baru puasa yang ke lapan dah sangat sesak dan ramai sekali orang membeli baju raya untuk anak mereka. Seronok jugak tengok gelagat anak-anak dengan ibu bapa mereka di situ. Ada yang menangis, teriak, terpekik, melolong, berlari, berkejaran dan yang terduduk pun ada sebab dah terlalu letih memilih baju. :)

Walaupun kesihatan tak pulih lagi waktu tu, namun digagahkan jugak diri semata-mata nak menggembirakan hati anak saudara dan seterusnya mengelakan diri dari membeli belah di minit-minit terakhir agar dapat larikan diri dari kesibukan berbelanja di waktu-waktu akhir. Bukannya apa, bila dah nak dekat raya nanti banyak perkara lain yang harus dilakukan pula.:).

Susah juga sebenarnya nak beli baju untuk anak-anak ni. Pening jugak nak memilih pakaian yang sesuai dan banyak masa dihabiskan untuk ini saja. Kadang-kadang terfikir juga, macamana kalau mereka yang mempunyai anak  ramai, tentu lebih merumitkan dan memerlukan belanja yang lebih besar. Sempat juga saya bersembang dengan ibu bapa yang tengah memilih baju untuk anak mereka dan bermacam cerita yang keluar. Ada yang lucu dan ada juga yang sedih. Pokok pangkalnya cerita, semua demi untuk kegembiraan anak-anak menyambut hari raya. Memang benar, anak-anaklah yang paling seronok sekali pada hari raya. Jadi, macamana susah pun ramai ibu bapa yang sanggup berkorban untuk anak-anak mereka. 

Bila mengenangkan keluarga yang miskin, anak-anak yatim dan golongan-golongan yang tak berumah, memang cukup tersentuh hati dan selalu membayangkan diri ini dalam situasi mereka. Tak terjangkau imaginasi ini, pastinya perit jerih perasaan itu tak tertanggung. Justeru itulah, rasa kesyukuran yang teramat sangat dengan segala rezeki yang Allah berikan. Walaupun dalam kesakitan diri ini di uji, namun Tuhan masih memberikan segala nikmat  kemanisan hidup ini untuk dinikmati. Syukur! Syukur sangat-sangat.

Marilah kita sentiasa panjatkan rasa kesyukuran kita pada Yang Esa dan janganlah selalu merintih di atas segala perkara-perkara kecil yang terjadi dalam hidup kita. Ingatlah pada mereka yang lebih susah dan dalam keperitan hidup dari kita ini. Hiduplah cara bersederhana dan jangan lupa untuk bersedekah walaupun hanya sedikit jumlahnya. Kita berharap mereka juga akan dapat menikmati sedikit kemanisan hidup di ddunia ini walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. 





No comments:

Post a Comment