My Precious Moment!!!

Monday, August 13, 2012

Perubahan Semasa Dan Penyesuaian Semula Dalam Kehidupan.

Assalamualaikum  semua, harapan saya semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. Rasanya dah hampir lebih 2 minggu lebih saya tak mengemaskini blog saya ini dan maafkan saya di atas sebab perkara ini. Bukannya disengajakan, tapi nampaknya kesihatan saya agak tidak memuaskan sejak dari hari puasa yang ke 12 lagi sehingga menyebabkan suami terpaksa megambil cuti untuk menjaga saya kerana saya benar-benar berada dalam kesakitan yang amat sangat. Sesungguhnya, saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dan memahami tentang segala keperluan saya sewaktu mengharungi saat-saat yang sukar ini.


Mungkin tak ramai yang akan memahami tentang kesakitan yang bagaimana saya telah lalui, tetapi sejujurnya memang saya berada dalam kesakitan yang amat sangat dan tidak tertanggung rasanya. Entah sampai bilalah saya harus terus berada dalam situasi ini dan harapan saya semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian hidup ini. 

Saya akan cuba ringkaskan segala permasalahan yang dialami oleh saya memandangkan saya masih kurang sihat dan kini hanya bertahan dengan perlbagai jenis ubat tahan sakit yang terpaksa saya ambil setiap hari. Pada masa ini saya banyak habiskan masa buat sikit 'study' tentang ubat-ubat tahan sakit yang saya perlu ambil serta kesan-kesannya. 


Memang agak sedih apabila perkara ini terjadi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan Syawal pun dah dekat ni...I do need to compose myself and need some adjustment in my daily life rountine... yet my emotional Umm... banyak faktor perlu diambil kira dan semoga anda semua terus berdoa agar saya dapat hidup seperti biasa walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Saya tidak boleh berjanji, tapi saya akan berusaha untuk cuba menemaskini blog saya ini dari masa kesemasa. Sekiranya anda ingin bertanya apa-apa sahaja kepada saya bolehlah terus email kepada saya di shimatm75@gmail.com. Please giive me your continous moral support so that I can continue on blogging in the future. 


3 comments:

  1. Salam Shima dear, akak baru berkesempatan jengok your blog. How are you now? Nasib baik ada FB n blog ni kan, boleh keep updated with what's happening. nak harapkan phone calls memang hampeh la, akak ni memang jenis tak bergayut...get well soon Yang.

    Maaf zahir batin!

    kak Laila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali untuk Kak Laila dan famili, semua sihat ke di sana?. Terima Kasih sebab kerna sudi jengok blog Shima ni. No worries Shima okay je. Alhamdulillah, setakat ni.. kesan ubat yang tak tahan jer.. Harap harap, in few months badan ni dah boleh adjust dengan ubat baru ni. Banyak sangat ubat tahan sakit :) Apapun Thanks for your well wishes.

      Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari Shima kat sini. Hope we can meet up soon.. rindu kat semua.

      Delete
  2. Salam dear, ni akak baru berkesempatan jengok your blog. How are you? Hope dah sihat sikit. Taktau pulak Shima sakit, maaf ye tak call langsung time raya ni, keadaan agak hectic sikit. BTW, good for you to have this blog, nasib baik ada FB n blog kan? takde lah putus hubungan and tak tau cerita sedara mara.Get well soon ye..
    Maaf zahir batin, salam sayang dari kami di SA.

    ReplyDelete