My Precious Moment!!!

Tuesday, September 25, 2012

UDANG GORENG KUNYIT BERSAMA KENTANG

....Word for today..... GHERKIN - JERUK PUTIK MENTIMUN....






Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta kerana menyediakan hidangan ini. Lazat sekali...:)



Bahan-bahan

  • 350gm udang (saiz sederhana).
  • 1/2 camca besar serbuk kunyit.
  • sedikit garam.
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus.
  • sedikit halia dicincang halus.
  • 2 biji cili padi.
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat).
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil kunyit.
  • 1/2 sudu besar sos tiram.
  • 1 biji kentang. (potong ikut suka).
  • 1 tangkai daun bawang dan celery cina. (potong kasar)
  • secubit garam.
  • serbuk lada putih.
  • minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • sedikit air.


Cara-cara.

  1. Gaulkan udang bersama 1/2 camca besar kunyit dan sedikit garam. Setelah itu gorengkannya dalam kuali dengan minyak yang banyak dan bila dah garing sedikit angkat dan toskan sebentar.
  2. Dalam pan goreng, masukkan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan bawang besar.
  3. Setelah naik bau masukan 2 camca besar air, kicap cair, sos tiram, 1 sudu kecil kunyit, kentang dan kacau sebentar hingga pekat sedikit. (tambah sikit air kiranya perlu).
  4. Bila kentang pun dah masak, masukkan udang,sedikit serbuk lada putih, daun bawang dan seleri cina.  
  5. Kena hati-hati masukkan garam kerana pada awal tadi udang telah di perap bersama garam dan di goreng. Kalau rasa kurang masin tambah lah sedikit garam atau sebaliknya okay.
  6. Dah siap.
SELAMAT MENCUBA!!!!

Silalah mencuba resepi ini, kerana ianya sangat mudah untuk disediakan.






Sekiranya ada sebarang komen, pertanyaan atau permintaan bolehlah isikan di petak bawah atau terus email di shimatm75@gmail.com.

Terima Kasih

Shima.




No comments:

Post a Comment