My Precious Moment!!!

Saturday, October 13, 2012

A LITTLE BIT HERE AND THERE....:)

Inilah, rupanya buah pelam telur yang sememangnya manjadi kegemaran sejak dari kecil lagi. Saiz buahnya memang kecil, sebab itulah ianya digelar 'pelam telur' oleh orang belah utara. Di tempat lain adakah lain pulak nama gelarannya? Kalau ada kongsikan di sini okay. Dari segi rasa, memang manis la kalau masak penuh, ada juga yang masam dan kalau buah yang belum masak , bolehlah dibuat mengicah. Kalau masa dulu, selalu makan buah ni dengan kulitnya sekali, tapi sekarang ni takut lah gigi patah. Maklumlah tak cukup kalsium dalam badan. :)) Buah ni diambil dari rumah Mak baru-baru ni 
masa ke sana. Suami tengok banyak buah dah jatuh ke tanah, terbiar je. Jadi, dia pun kutip yang di tanah tu dan ambil galah untuk buah yang di atas pokok pulak. Terima kasih la buat suami, sebab susah payah untuk dapatkan buah ni. Memang saya suka makan buah pelam. Dah ada dalam menu seharian dah kalau bukan pelam, mesti buah oren, wajib ada dalam diet saya. Selalunya suami beli je buah pelam dan oren simpan dalam peti sejuk. Bila habis beli lagi. Macam tulah kehidupan kami sehari-hari. Tiada yang istimewa, namun sangat bermakna buat saya kerana adanya suami yang setia di sisi. Amin..


UBI GORENG
                         

Ohhh.. Ubi goreng!!! Entah kenapalah dalam bulan ni, asyik nak makan ubi goreng je. Ini dah kali yang ke berapa dah suami goreng saya pun tak ingat.:) Betul, bukannya tak boleh beli di luar, tapi salutan tepungnya tak menepati citarasa dan kalau yang adapun kedainya terletak jauh sangat dari rumah. Salutan tepung untuk ubi ataupun pisang goreng memainkan peranan yang penting selain dari jenis pisang yang digunakan untuk di goreng. Minyak untuk menggoreng pun kalau diulang-ulang guna pun, hasil gorengan jadi tak cantik :). Saya jenis yang tak suka salutan tepungnya hancur berderai bila dimakan, macam bancuhan tepung adabi tu. Saya dan suami suka jenis yang salutan tepungnya bersalut elok dan rangup kulitnya. Mungkin sebab dari dulu dah pernah makan mak goreng hasilnya macam tu. Itulah sebabnya kot :). Lain orang, lain citarasanya-kan. Cuma, inilah kesukaan kami dan akan dikongsikan resepinya bersama anda. Apapun, terima kasih diucapkan buat suami kerana tak jemu menghidangkan ubi goreng ni buat adindamu, tak kira waktu pun. Sayang YOU my ayang. ;)))

Bancuhan tepung mengikut quantiti ubi yang hendak digoreng okay. Kena pandai agak-agak jugalah yer!!!

2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan tepung beras.
Serbuk kunyit. (terpulang)
1/2 sudu tehSerbuk baking powder.
1 biji telur gred c
Air.
Garam.

Cara bancuhan.

Masukkan semua bahan di atas kecuali telur dan air  dalam satu bekas, kemudian gaulkan sekejap. Kemudian masukan air dan gaullah perlahan-lahan kemudian masukan telur dan gaul lagi  sampai dapat bancuhan yang  sedang-sedang saja tak cair atau pekat sangat okay. Bancuhan dah siap jadi bolehlah digunakan untuk menggoreng ubi , pisang , sukun atau lain-lain yang sesuai.

Tips.

Tepung beras tu sebenarnya yang merangupkan salutan tepung goreng dan ianya boleh digantikan dengan sedikit saja kapur lebih kurang suku sudu teh saja bergantung pada kuantiti tepung yang kita nak gunalah. INGAT!!!! Kapur tak boleh banyak nanti berbuih masa menggoreng.:)

Kalau nak rasa sedap lagi, bolehlah letakkan bijan panggang atau apa-apa jenis kcang yang ditumbuk dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi, memang sedap dan bertambah rangup rasanya. Cubalah !!!



Air kelapa muda ni, pasti ramai yang suka kan? Kalau tak, tak pe. Bukan semua ada kesukaan yang sama.:) Yang penting saya suka Hee Hee. Di rumah Mak, Kampung Mengkuang Titi masih ada pokok kelapa. Walaupun banyak dah kena tebang sebab takut tumbang kena rumah jiran. Ya la sebagai jiran dan hidup bermasyarakat, kita haruslah memikirkan  tentang keselamatan dan kebajikan bersama dan janganlah jadi jiran yang mementingkan diri sendiri saja. Ya, masih ada 2-3 pokok lagi yang masih berdiri kukuh dan dapat juga merasa hasilnya. Baik untuk hasil santannya atau pun untuk air kelapa mudanya.
Pokok kelapa muda ni dari jenis pokok rendah. Manis sungguh air dan isi buahnya. Sangat segar sekali dan nikmat sungguh rasanya bila dibancuh bersama ais. Umm.. kalau tambah sikit gula dan sirap merah mesti tambah  sedap. :). Tapi kalau boleh tu cubalah elakkan pengambilan gula untuk kesihatan yang lebih terjamin. Tambah pulak sekarang ni harga gula pun dah mahal.:). Bolehlah berjimat juga. Hee Hee. Lagipun, tanpa air gula pun, air kelapanya memang dah cukup manis. Okaylah celoteh untuk malam ni. Moral of the story today 'berbudilah kepada tanah' pasti pulangannya lumayan dan hasilnya menyenangkan hati.. 



WORD FOR TODAY

Poverty - kemiskinan



Sekiranya, anda ada idea, komen, soalan atau permintaan bolehlah isikannya di petak bawah atau emel terus ke shimatm75@gmail.com.

Terima Kasih kerana sudi singgah ke halaman blog saya.

Salam Sayang
Shima


No comments:

Post a Comment