My Precious Moment!!!

Thursday, October 11, 2012

MAGNOLIA AIS KRIM (TRIPOLITAN PERISA MANGGA, KELADI. DAN JAGUNG)


WORDS FOR TODAY

Indulge - nikmat, menikmati memanjakan

Indulgence - kepuasan, kenikmatan





Perisa ais krim keluaran f & n jenama magnolia kali ini memberi satu kelainan dengan menggabungkan 3 jenis perisa untuk konfeksi aisnya iaitu perisa yam, jagung dan mangga. Pun begitu pasti ramai yang pasti tak menjangka kombinasi perisa ini, memandangkan kita selalu disajikan dengan kombinasi perisa vanilla, coklat dan strawberi dari kebanyakan jenama ais krim yang terdapat di pasaran. Justeru itu, semasa suami membeli barang di mini market yang berhampiran dengan rumah kami, beliau ternampak ais krim ni lalu membelinya dengan niat untuk merasa sendiri dan juga untuk santapan buat anak-anak saudara di rumah. Jenama magnolia ini, dah wujud sejak zaman saya kecil lagi dan memang sedap ais krim nya. Kegemaran saya adalah perisa jagung.:) Cuma kini, memang agak susah nak jejak jenama ni lagi dan rasanya macam susah nak dapatkan  produknya di pasaran. Malah kalau adapun pilihannya juga terhad. 





Harganya kalau tak salah antara RM6.50 - RM7.50 dengan kandungan isipadu (1.5liter) bergantung pada tempat dan promosi yang dijalankan. Okay jugaklah dengan harga ni, namun masih ada lagi jenama lain yang menawarkan kualiti dan kuantiti yang sama 'standard' tetapi  dengan harga yang lebih murah.:)

Dari sudut rasanya pula, saya amat kagum kerana mereka agak berani menggabungkan ketiga-tiga perasa ini bersama. Mungkin, kita boleh memilih untuk pilih salah satu perisanya untuk dimakan, tetapi saya percaya tujuan sebenar perisa ini digabungkan adalah untuk dinikmati ketiga-tiganya bersama. Cuma saya agak terkilan kerana rasa tekstur buah seperti jagung atau pelam tidak terdapat di dalamnya. Kalau tidak, pasti rasanya akan lebih 'terangkat'. Saya masih ingat dulu, masa membeli perisa jagung magnolia, ada rasa tekstur jagung dalamnya dan masih terasa hingga sekarang kenikmatannya. :( . Baiklah, secara peribadi, saya rasa perisa keladinya agak terlalu kuat dan menenggelamkan rasa jagung dan pelam itu sendiri. Bagi yang sukakan bau dan rasa keladi yang kuat mungkin akan sukakannya dan bolehlah dapatkannya dipasaraya yang berdekatan anda. 

Ingin saya jelaskan  di sini, atas faktor kesihatan, saya harus mengawal pengambilan gula dalam badan saya dan pasti semua pun maklum ais krim ni manis sangatkan. Maka, saya bukanlah memakan dalam jumlah yang banyak tetapi sekadar cukup merasa 2 -3 sudu sahaja.;). Itupun kalau boleh dielakkan lebih baik okay.!!


Sekiranya, anda ada idea, komen, soalan atau permintaan bolehlah isikannya di petak bawah atau emel terus ke shimatm75@gmail.com.

Terima Kasih kerana sudi singgah ke halaman blog saya.

Salam Sayang
Shima

Saya TIDAK DIBAYAR untuk membuat ulasan tentang produk ini dan saya MEMBELI  produk ini dengan wang sendiri.!!!!




No comments:

Post a Comment