My Precious Moment!!!

Monday, November 26, 2012

INTERNATIONAL FIRE CONFERENCE & EXHIBITION MALAYSIA 2012 (IFCEM 2012) 19TH OF NOVEMBER 2012


 WORD FOR TODAY

INCURSION - penyerbuan, penyerangan






Assalamualaikum semua.. semoga anda bersama dengan orang yang tersayang berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. Di sini saya nak kongsikan gambar-gambar yang telah dan sempat di ambil sewaktu melawat pameran IFCEM 2012 di KLCC baru-baru ni.

Pada waktu rehat tengahari, suami balik ke hotel dan bawa saya ke pameran ini. Seronok juga walaupun kehadiran saya hanya sebagai 'visitor' di pameran yang dianjurkan sempena persidangan ini. Suatu pengalaman yang amat berharga apabila dapat melihat penglibatan banyak syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang mempamerkan produk-produk berasaskan keselamatan yang merangkumi pelbagai sektor dan juga produk-produk yang telah direka cipta demi untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat seperti pihak bomba dan lain-lain badan yang berkaitan. 

Sedikit nasihat, sekiranya anda berkunjung ke pameran seumpama ini, janganlah jadi seorang yang 'berat mulut'. Rajinlah bertanya demi menambah ilmu di dada, kerana peluang sebegini bukannya selalu ada. 

Silalah skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar yang di ambil semasa berada dalam dewan pameran yang berlangsung di KLCC.



 Bagi yang nak melihat pameran je pun, masih perlu mendaftar sebelum boleh masuk ke dewan pameran. Bila dah mendaftar, dapat lah benda ni yang kena gantung kat leher siap print dengan nama sekali. Hee Hee. Bukan itu saja, ada juga macam cenderahati diberi. Okaylah kan!!!



 Terima Kasih pada suami dan majikannya sebab, walaupun dengan  secara tak langsung dapat juga saya ke sini.:)






Sempat juga bergambar semasa tengah menunggu suami membuat pendaftaran di kaunter untuk masuk ke dewan pameran. Di belakang saya tu KLCC park. :)


















































































Terima Kasih kerana sudi bertandang ke blog saya. Sekiranya ada sebarang komen atau pertanyaan, bolehlah isi petak di bawah  ini.

Lots of Love
Shima







No comments:

Post a Comment