My Precious Moment!!!

Thursday, November 15, 2012

OKTOBER 2012, PANTAI CAHAYA BULAN, KOTA BAHARU KELANTAN.



WORDS FOR TODAY

Coast - Kawasan Pantai
Coastline - Garisan Pantai
Coastal - Persisiran pantai.






Pantai Cahaya Bulan atau lebih dikenali dengan pantai PCB ni terletak di daerah Kota Baharu. Ia merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong apabila berkunjung ke sini. 

Di bawah ini, ada gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu ke sana baru-baru ini dan juga sedikit maklumat tentang tempat ini.

Silalah skrol ke bawah ye!!!!




Pesisiran pantainya tak begitu panjang dan tak begitu landai. Jarak antara pantai dan tebing juga agak dekat. Banyak batu-batu besar yang diletakkan di tebingnya mungkin untuk mengelak hakisan air laut. 





Di sini boleh dilihat jarak antara pantai dan tebingkan?? 






Ohh!! nampak tak ombak tu?? Ombak kat pantai ni memang kuat dan berangin kencang serta ombaknya bergulung-gulung, menakutkan tapi sesuatu yang menarik untuk dilihat. Jadi pantai ni memang tak sesuai untuk  mandi-manda okay! JANGAN MANDI!!!!!! BAHAYA!!!!!! Kalau yang ada anak, sentiasalah mengawasi mereka agar  tidak  pergi dekat dengan air dan sentiasa dalam pandangan mata anda. Budak-budak memang seronok tengok air dan sentiasa tertarik untuk mendekatinya jadi JANGANLAH ANDA LEKA!!!. Janganlah biarkan tragedi buruk berlaku... bila dah berlaku kehilangan jiwa, airmata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi...:)





Amboi.... dok menung apa tu cik abang oii!!! Ingat kekasih lama ka?? jeng!! jeng!! Hee Hee





Hai... budak nie  dok merenong apa pulak tu??  Mungkin sedang melihat keindahan ciptaan Tuhan... pantai yang mengadap laut china selatan yang luas ini dapat memukau sesiapa jua yang berkunjung ke sini. TAPI janganlah sampai terpukau nak pi terjun dalam laut tu pula. Kes naya tu!!!!!1






Di belakang yang berderet tu adalah antara chalet/rumah penginapan yang ditawarkan oleh Pantai Cahaya Bulan Resort, betul-betul berdekatan dengan jalan masuk ke pantai dan di tepi pantai jer. PCB Resort ini juga menawarkan berbagai jenis dan bentuk chalet yang berlainan mengikut keperluan kita. Kalau nak konvoi ramai-ramai dengan keluarga/kawan untuk berkelah ke, bar-b-q'ing ke, gathering ke, tempat ni memang sesuai. Cuma jangan lupa buat tempahan awal kat resort ni je okay. !!. Pun begitu masih ada pilihan tempat lain yang terdapat di sepanjang jalan raya menuju ke pantai ini. Apapun terpulanglah pada budget anda..!!!






Bangunan/rumah 2 tingkat ni, rasanya baru lagi dibina ni. Tak pasti, tapi suami kata, ni macam tempat pengawal pantai kot atau pun mungkin surau. Cantik binaannya yang terletak betul-betul tepi pantai.






Kalau berkunjung di sini, jangan lupa untuk singgah  ke gerai pakcik ni yang menjual jeli kelapa muda dan air. 'Two thumbs UP' untuk jeli pakcik ni. Memang sedap dan yang penting, harganya cuma RM1 saja dengan bekas yang besar. :) . Di Penang, tak da lah macam ni, memang ada jual tapi saiz kecil (kedekut bahan kot). Hee Hee.





Kemudahan asas yang terdapat di sini nampaknya dah dinaiktarafkan. Sesuatu yang sangat dialu-alukan. Selalunya bila kita berkunjung ke tempat yang macam ni, kemudahan asas seperti tandas awam wajib ada. Tak kisah la kena bayar 20sen ke, 30 sen ke, yang penting tandasnya bersih dan selesa.:)
Cuma saya harap boleh disediakan lebih banyak pondok-pondok untuk berehat/berkelah di tepi pantai serta kemudahan untuk memanggang dan tong sampah yang lebih banyak disepanjang pantai ini. :)





Ini adalah pemandangan diwaktu awal pagi. Waktu ni pun dah ada orang mula berniaga di tepi pantai. Saya pasti bila nak menjelang petang sikit akan lebih meriah di pantai ni dengan kunjungan orang ramai dan peniaga-peniaga kecil yang melakukan aktiviti mereka di pesisiran pantai ini.






Antara tempat-tempat makan yang terletak di celah-celah pokok-pokok kelapa yang rendah. Indah sungguh pemandangan ni. Mesti best-kan makan celah-celah pokok tu, redup, sejuk dan damai jer.





Orait..rasanya yang terkenal kat pantai PCB ni... makanan laut bergorengnya... Kedai macam ni... berderet ..semuanya jual benda yang sama ;) Tapi..... harganya mahal la wei!!!! Udang sederhana besar jer 7 ke 8 ekor harga RM15 !!!!! Tak masuk akal la.. Kami pun tak jadi makan kat sini. Balik KB jugak cari makan. Ummmm..!!!!








Rajin anak-anak kecil ini tolong jual siput lokan untuk ibu bapa mereka. SO proud of them!!!





Waktu ke sini hari tu, rupa-rupanya musim siput lokan. Jadi adalah dijual kat tepi pantai. Murah aje sebesen tu RM4 - 5 saje. Boleh tawar menawar lagi kalau beli banyak. Memang murah!!!!! Kat Penang mahal la siput ni. Oleh sebab murah, kami beli hampir 10 besen. Separuh untuk famili di Kelantan dan separuh lagi untuk keluarga di Penang. Sedap buat rendang siput ni tau!!!!






Sempat juga bergambar sambil makan jeli kelapa..





Bergambar depan PCB Resort. My one and only... Love you Dear!!!! Teima Kasih bawa kami jalan-jalan!!!!



Beli sarapan dan bawa ke pantai pada hari terakhir di Kelantan. Selepas sarapan, kita beli siput  dan balik. Namun sempat juga singgah di Pantai irama, Bachok!!!!


Secara, peribadi, PCB adalah suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sesuai untuk keluarga atau bersama teman-teman beriadah dan berkelah. Tetapi TAK sesuai untuk mandi manda okay. !!!!!!. Tak banyak pokok-pokok di tepi pantai jadi agak panas. Kalau ke sini memang sesuai pada waktu lewat petang sikit  atau malam. Suasana lebih nyaman dan relax!!! 


Bagi yang berkerusi roda, rasanya tak de masalah kut untuk ke sini cuma JANGAN lalu di kawasan pasir nanti tenggelam kerusi roda tu. Salah satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah cuaca, serta bergantung juga kepada kesihatan  dan keselesaan individu yang berkerusi roda itu sendiri. Bagi penjaganya, kena sentiasa peka tentang perkara ini okay!!!?? 




SELAMAT MELANCONG!!!!!


Sekiranya ada sebarang komen atau pertanyaan bolehlah isi di petak bawah atau emel terus ke shimatm75@gmail.com

Terima Kasih!!!

Love
Shima




Pantai Sri Tujuh next!!!! See you alll there...;)






No comments:

Post a Comment