My Precious Moment!!!

Saturday, November 24, 2012

OKTOBER 2012 PANTAI IRAMA, BACHOK KELANTAN.

WORD FOR TODAY

OPACITY - Kelegapan, kekaburan





Ahh.. sempat juga suami snap photo masa nih.. seronok dapat berteduh bawah pokok tepi pantai ni.




Pantai Irama ini mempunyai pesisiran pantai yang panjang, luas dan landai. Batu-batu besar juga terdapat di sini namun kedudukannya lebih teratur dan kemas dalam kawasan yang tertentu saja. 




Seperti di tempat-tempat lain, pemandangan seperti ini dapat dilihat di tepi-tepi pantai yang menjadi tempat tumpuan kunjungan ramai orang.




Sedih la tu.. sebab hajat hati nak cari siput katanya.. tapi dah nak kena balik !!!






PERINGATAN!!!!!!!! BAHAYA!!!!!!!





Tak kiralah bulan apa pun.. mesti sentiasa berwaspada okay!!!. dan sentiasa patuh pada arahan pihak berkuasa tempatan!!!!






Banyak kedai-kedai makan terdapat di sini jadi tak perlu bimbang tentang makanan. Malah, yang seronoknya terdapat banyak pokok-pokok di kawasan pantai ini yang membolehkan kita berteduh dibawahnya. Nyaman jer!!!




WOW!!!! Cantik sekali pemandangan di belakang tu... masa ni air tak bergelora sangat.





Lihatlah!!! persisiran pantainya yang sangat memukau...dan pasti ramai yang terpukau dan ingin menjejakkan kaki ke gigi pantai..... ;)





Bestnyer dapat bergambar di atas tu!!! I wish I can too!!





Waktu ke sini tempohari.. masih dalam bulan Oktober,  jadi keadaan laut tidak bergelora, maka ramai yang ambil kesempatan untuk mandi-manda di tepi pantai ini bersama-anak-anak mereka. Tapi, saya mungkin takkan benarkan langsunglah takut sangat. Hee Hee. Maklumlah sebab selalu sangat baca berita mengenai kemalangan jiwa di tempat macam ni. 





Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau komen yang ingin di kongsi bolehlah klik di bawah okay.

Salam Sayang 
Shima




No comments:

Post a Comment