My Precious Moment!!!

Saturday, November 10, 2012

SPIRULINA 500mg (PROVITE)


WORD FOR TODAY

Humus - Daun dan tumbuhan reput yang menjadi baja








I LOVE SPIRULINA!!!! Tak kisahlah apa brand pun janji spirulina.  Yang pentingya, halal dan berlesen mengikut undang-undang negara Malaysia. 

Saya dah lama makan spirulina ini, mahu dari bentuk cecair, biji dan kapsul atau jenama, hampir kesemuanya saya  dah pernah rasa. Harus diingatkan spirulina ni bukannya ubat untuk menyembuhkan apa-apa penyakit sekali pun, tapi ianya cuma bertindak sebagai makanan zat tambahan untuk badan kita jer. 

Untuk jenama PROVITE ini, boleh didapati di GUARDIAN seluruh Malaysia, di farmasi lain saya tak pasti pulak. Harga untuk 2 botol antara RM28-RM35 bergantung pada harga promosi juga. Ia mengandungi 60biji kapsul dengan kandungan setiap kapsul sebanyak 500mg serbuk sprirulina. Kapsul menggunakan 'vege' kapsul. (halal)

Produk jenama ini menjadi pilihan saya kerana kapsulnya mengandungi 500mg serbuk spirulina, agak tinggi berbanding jenama lain. Harganya juga amat berpatutan. 

Pengambilan spirulina dan makanan tambahan yang lain secara berterusan telah membuatkan badan saya lebih bertenaga dan kurang rasa mengantuk yang melampau. Maklumlah, saya lumpuh hampir seluruh badan dan banyak bergantung dengan pelbagai jenis ubat hospital. Jadi, pengambilan nutrisi tambahan ini penting untuk tubuh badan saya. Kadar kolestrol dalam badan juga terkawal malah doktor kata menurun sikit. Pengambilan spirulina dan beberapa makanan tambahan yang lain mampu memberi sedikit kecerdasan dalam diri saya. 

Saya yakin, ramai dah yang ada kesedaran tentang pengambilan makanan tambahan ni dan betapa pentingnya ia. Walauapapun, buatlah pilihan dengan bijak dan berhemah tentang apa yang anda makan untuk tubuh badan anda okay!!!

Product Manufactured by : NutriPharma Sdn. Bhd

Under licencing of : Prima Health Laboratories Pty. Ltd Melbourne Australia.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spirulina, bolehlah klik pautan di bawah ini.

http://drzubaidi.com/blog/?p=2623




Saya MEMBELI sendiri produk ini. Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak untuk membuat ulasan tentang produk ini.!!!!!


Sekiranya ada sebarang komen atau pertanyaan, bolehlah isi dipetak bawah ini. 

Terima Kasih kerana sudi singgah di halaman blog saya ini.

Salam Sayang
Shima.





No comments:

Post a Comment