My Precious Moment!!!

Friday, December 14, 2012

AQUARIA KLCC FOOD COURT/ ASIAN DELIGHTS



WORDS FOR TODAY


LAVISH - mewah

LAVISHLY - boros 






Susah sungguh sebenarnya nak cari tempat makan dekat area KLCC ni, al-maklumlah tempatnya pun macam ekslusif ja kan.:) Setelah hampir 2 hari di KLCC ni kiranya jumpa jugalah tempat makan dan beli barang yang harganya pun berpatutanlah jugak. Antaranya ialah di aquaria 'food court' dan 'cold storage' suria KLCC. Memang tempat inilah yang menjadi pilihan kami untuk makan dan beli barang. Jadi kiranya anda memang perlu berada di KLCC atas urusan kerja atau lawatan maka carilah 2 tempat ini untuk anda dapatkan keperluan anda okay!!

Sempat bergambar dalam cold storage di Suria KLCC. Kalau nak beli barang runcit atau makanan siap sedia bolehlah singgah di sini kalau anda berada dalam Suria KLCC. Barang yang dijual di sini amat berpatutan. Seronok sebenarnya berada dalam cold storage ni. Hee Hee. Kami beli barang makanan je buat makan dalam hotel gitu.. nak jimatlah katakan. Saya maklum, SURIA KLCC ni macam tempat mewah jer, mungkin betul, tapi sebenarnya orang biasa macam kita pun boleh datang ke sini untuk melihat-lihat dan menjamu selera cuma kena pandai memilih tempat jer. okay!!


Ini adalah aquaria 'food court' yang sentiasa penuh dengan ramai orang terutama waktu makan tengahari dan bila musim cuti sekolah lagi ramailah orang memenuhi ruang tempat makan ini. Kami sedang menikmati TAKOYAKI sejenis makanan Jepun yang sangat sedap sekali dibeli di cold storage. Aynel pun suka sangat makanan ni. Harga.. umm.. boleh tahan lah 3biji dalam RM4++. :). Sebenarnya di 'food court ni banyak pilihan tempat makan boleh kita pilih. Cuma bagi yang tak pernah ke sini macam saya mungkin pertama kali kena tinjau dulu 
tengok harga dan sebagainya. Melalui pengalaman saya, nasi campur yang dijual di sini punyalah mahal. Saya faham tempat macam ni mestilah standard-kan, tapi tak masuk akal lah nasi putih campur sedikit daging goreng kunyit dan sayur bendi goreng harga sampai RM10++. Kalau harga RM7-8  saya boleh terima lagi. Umm.. pertama dan terakhir kali la kami beli makan kedai ni. :) Jangan bimbang, masih ada satu kedai ni yang sangat berpatutan harga makanannya. Saya akan cerita lebih lanjut tentangnya di bawah nanti. Tunggu okay!!!! Hee Hee

Waktu ini suami baru habis 'conference' dan kami makan ais kerim!!! New Zealand natural taste ke?? Ummm .. tak ingatlah.. maaf.. Masa ni mereka tengah buat promosi 1 scoop cuma RM3.90sen jer. Setiap hari flavor yang berlainan murahkan?? Bestnyer!!!! Ahh.. sedap sekali kami kongsi jer makan.. Hee Hee.. Sambil menuggu adik suami datang jumpa kami dan sebelum balik hotel, kami lepak kat sini dan sempat juga ronda-ronda di KLCC park yang memang mengagumkan dan sangat memikat hati gitu..wah!!! Nanti saya upload photonya okay..

Jeng!! Jeng!! Jeng!! Inilah rupanya kedai makan yang menjadi pilihan kami sewaktu berada di KLCC baru-baru ini. 'Asian Delights' nama diberi dan berada dekat dengan aquaria KLCC. Kedai makan ni memang mantaplah. :). Tuan dan pekerja kedai tu pun ramah mesra. :)

Hampir kesemua makanan di sini dijual dalam bentuk set, maksudnya nasi+lauk sekali tidak termasuk air. Mai chek nak habaq mai, harga makanan kat kedai ni dari serendah RM4-RM10 ja kalau tak silaplah dan kebanyakannya berharga RM7.90sen satu set. Yang syioknya, nasi dan lauknya banyak atas pinggan tu. Memang tak kedekut bahanlah depa ni dan kita makan pon kenyang, Alhamdulillah. Minuman pun harga lebih kurang RM2.00 ja. Kira okaylah harga tu kan kalau ada dekat KLCC  ni.:)

Silalah berkunjung ke kedai ini untuk menjamu selera sekiranya anda berada di aquaria KLCC atau sekitar dengannya. Memang tak rugilah. Sekiranya tidak pun, masih ada pilihan lain tempat makan lain di situ. Buatlah pilihan mengikut citarasa anda dan keluarga anda okay!Ini cumalah pendapat peribadi saya sahaja melalui pengalaman saya yang bertujuan untuk memudahkan anda membuat pilihan yang lebih baik. Tiada maksud atau tujuan lain dari saya okay!!

Di bawah ada beberapa gambar makanan yang kami order dari kedai ini. Nama set tak berapa ingat tapi saya cuba okay. 





SET NASI+KARI AYAM+KERABU+TELUR REBUS+PAPADOM
RM7.90SEN





SET NASI+AYAM BALI STYLE+KERABU+KEROPOK
RM8.90SEN





SET NASI+AYAM SWEET SOUR+KERABU+KEROPOK
RM7.90SEN





SET NASI+AYAM MASAK KUNG PAO DENGAN GAJUS+KERABU+KEROPOK
RM7.90SEN





SET NASI+AYAM RENDANG+KERABU+TELUR REBUS+KEROPOK
RM7.90SEN
KOAY TEOW GORENG PENANG
RM5.50SEN




Sekiranya anda ada komen atau pertanyaan silalah inbox saya di bawah okay atau emel terus ke shimatm75@gmail.com.


Terima Kasih dan Salam Sayang dari saya Shima.


Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak untuk  ulasan yang tertera di atas. 



No comments:

Post a Comment