My Precious Moment!!!

Thursday, December 20, 2012

HERITAGE HOTEL IPOH 8 & 9HB DISEMBER 2012/ LALUAN BERKERUSI RODA.





WORD FOR TODAY



CATASTROPHE - malapetaka




Sewaktu ke Ipoh baru-baru ini, menghadiri majlis perkahwinan sepupu, saya dan suami menginap di hotel Heritage, Ipoh Perak. Hotel ini bertaraf 3 bintang kira okaylah jugakan. Kedudukan hotel ini juga sangat strategik dan amat sesuai bagi mereka yang ingin melancong ke Ipoh atau mempunyai urusan di sini kerana ianya terletak dekat dengan susur keluar/masuk lebuhraya utara selatan, bandaraya Ipoh dan juga taman tema Lost World Tambun. Kalau anda ingin menginap di sini, anda boleh membuat tempahan secara online di www.booking.com atau pun melalui telefon terus ke hotel di nombor 05-2428888. Anda juga boleh layari lama web hotel  di www.heritage.com.my untuk informasi lebih lanjut tentang apa yang di tawarkan oleh hotel ini. okay!!!

Bagi yang berkerusi roda, tidak ada masaalah untuk menginap di sini. Ada laluan khas dan tempat letak kereta disediakan untuk golongan OKU. Cuma satu perkara saja, laluan jalan depan hotel itu agak sempit dan kalau banyak kereta berada di situ pada masa yang sama keadaan jadi agak sesak dan tak selesa, terutama sekali sewaktu nak turunkan penumpang berkerusi roda. Saya dah merasa keadaan ini dan rasa amat dukacita kerana sesetengah pemandu lain tidak bertimbang rasa dan membunyikan hon kereta berulang-ulang. Sedih juga rasa, tapi saya sentiasa fikir positif saja kerana saya tahu kita tak boleh memaksa orang untuk faham tentang keadaan kita. Jadi, senyum aje dan buat dek!!! LOL

Di bawah ini, saya paparkan beberapa gambar suasana sekitar hotel ini dan juga bilik yang saya tempah.





GAMBAR SUASANA HOTEL






















Sempat juga bergambar dekat pokok krismas yang dihias indah ini.:)

















Ruang lobi hotel yang dihiasi dengam pokok krismas dan sebagainya sebagai simbol hari Natal yang bakal menjelang tiba. Photo di sebelah, kelihatan suami sedang selesaikan urusan daftar masuk di 'front office' hotel.






















Beg dan baju dah siap untuk di bawa naik ke tingkat 4 di mana bilik kami berada dan sempat melihat ruang legar tengah hotel yang cantik dihiasi kolam ikan dan dijadikan tempat santapan.




 


Di ruang lobi, ada cafe boleh menjamu selera di situ dan ada juga macam mini market menjual barang-barang seperti makanan ringan, minuman, penjagaan diri, cenderahati dan sebagainya.



















Di satu sudut hotel itu berdekatan dengan lobi dan ' bisnes center', telah dihiasi dengan replica mercu-mercu tanda negeri Perak, Darul Ridzuan. Seperti menara condong, labu sayong dan sebagainya. Sangat menarik sekali. !!!


Ruang sudut bisnes center yang menyediakan lebih kurang 2 buah komputer untuk kegunaan tetamu hotel. 



Ini adalah salah satu laluan yang boleh digunakan oleh OKU yang berkerusi roda seperti saya ini :).





PHOTO RUANG BILIK HOTEL



Bilik ini adalah jenis 'superior with queen siza bed'. Secara jujurnya, luas jugak ruang biliknya dan selesa sangat. Keluasan bilik nampak sama seperti di Impiana hotel KLCC. Yang penting ruang yang ada selesa untuk kerusi roda bergerak.:)

Bilik bersih okay tak da masaalah, cuma sofa je berketang, berpeta- peta. Hee Hee...Entah berapa puluh tahun tak tukar tak taulah. LOL. Harap-harap hotel ni ada bajet untuk tukar sofa lain. Hee Hee. Boleh?? :) Apapun bilik ini masih 'in good condition' walaupun kebanyakkan perabot dalamannya macam dah lama. 

Bilik airnya juga besar dan selesa, cuma tandasnya tak disediakan paip untuk mencuci. Tapi pihak hotel telah sediakan cebok untuk digunakan. Jadi pandai-pandailah yer??!!!!!. Kalau tak, pakai jelah tisu kertas untuk mencuci LOL. !!!!! Semoga pihak hotel boleh memperbaiki keadaan ini di masa akan datang dan terus memberikan perkhidmatan yang lebih bagus di hotel Heritage ini.

Seterika dan papan seterika ada  disediakan tetapi harus diminta dari bahagian 'house keeping' dan akan dihantar ke bilik oleh pekerja hotel. Harus diingatkan penggunaannya hanya selama lebih kurang sejam atau 2 jam, kemudian mereka akan datang semula untuk ambil balik. okay!!

Silalah skrol ke bawah untuk melihat suasana dalam bilik hotel ini.!!! 
























Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya dan sekiranya ada sebarang pertanyaan atau komen bolehlah isi di petak bawah ni okay.




Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak untuk melakukan ulasan tentang hotel ini. 


Salam Sayang
Shima.....JUMPA LAGI!!!! ;)




No comments:

Post a Comment