My Precious Moment!!!

Monday, December 17, 2012

KLCC PARK NOVEMBER 2012/ LALUAN KERUSI RODA


WORD FOR TODAY

PIQUANT- pedas dan menyelerakan, galak dan menarik, yang mengasyikkan

PIQUANTLY - secara pedas dan menyelerakan

PIQUANCY - kepedasan, ketajaman





Kalau datang Kuala Lumpur dan berada dekat dengan KLCC, jangan lupa untuk singgah di KLCC park. Sebuah tempat yang menarik untuk membawa anak-anak beriadah bersama memandangkan ianya menyediakan kemudahan seperti tempat permainan ala-ala 'wet' and 'dry' playground gitu :). Semuanya percuma dan lagi di sini juga sesuai untuk datang bersiar-siar, berjoging, dan melepak bersama kawan-kawan dan sebagainya. Luas jugak kawasan KLCC park ini yang penuh dengan kehijauan di antara celah-celah bangunan yang tinggi ;). 

Sambil bersiar-siar atau berjoging di sekitar KLCC park ini, ada juga di sediakan tempat berbumbung untuk berehat dan ada juga di sediakan tempat minuman air percuma setelah penat bersiar-siar atau letih berjoging. Sejuk airnya tau. :) Sememangnya, bertuah bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur ni dengan adanya tempat macam ini untuk dikunjungi selalukan. Cuma yang perlu dirisaukan mungkin tempat meletak kereta dan bayarannya kot. Hee Hee.

Sebuah taman rekaan yang amat menarik sekali dan bila berada di situ, kita akan dapat menikmati suatu pemandangan yang amat  indah sekali dan kalau tak percaya, pergilah sendiri untuk merasainya. Hee Hee. Rugi tau tak pi !!!;)

Bagi yang berkerusi roda macam saya tak perlu bimbang kerana di KLCC park ni kita tiada masaalah untuk bergerak ke sana ke mari cuma harus diberitahu bahawa laluanya macam berbukit sikit jadi penat jugaklah nak tolak kerusi roda tu. Hee Hee. 

Di bawah ini ada beberapa gambar yang telah diambil oleh suami semasa berada di sana. Sekadar ingin berkongsi bersama anda yang belum pernah ke sini dan sebarang pertanyaan atau komen bolehlah isi dipetak bawah ini okay. 

Terima Kasih juga kerana megunjungi blog saya ini. Jumpa lagi!!!
























TEMPAT MINUM AIR YANG DISEDIAKAN DI TAMAN KLCC INI.












































No comments:

Post a Comment