My Precious Moment!!!

Tuesday, December 4, 2012

MASAK LEMAK TAUGEH BERSAMA TAU HU DAN UDANG/ BEAN SPROUT COOKED IN COCONUT MILK SOUP WITH SHRIMP AND BEANCURD.




WORD FOR TODAY



BEANCURD - Tauhu





Antara menu tetap kami dirumah yang selalu disediakan oleh suami saya yang serba boleh ini. LOVE YOU OMEY!!!!!


Bahan-bahannya.

150-200gm taugeh 
2 keping tauhu segar (potong ikut suka)
20-25 ekor udang putih kecil
1 paket serbuk santan segera
2 ulas bawang merah hiris halus
1 ulas bawang putih hiris halus
1/2 biji cili merah dihiris halus atau kasar
2 biji cili padi dihiris halus
Sedikit halia ditumbuk kasar atau hiris halus memanjang.
Air
Garam
Serbuk lada hitam dan putih
Minyak


Cara-caranya.

Panaskan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, putih cili padi, cili merah dan halia.
Setelah naik bau masukkan udang, kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan tauhu dan santan yang telah dicairkan dengan air dan serbuk lada. (tambah lagi air kiranya perlu)
Selepas mendidih masukkan taugeh dan garam dan kacau sebentar selama lebih kurang 2 minit. 
Dah siap boleh tutupkan api. 
Ingat!! jangan biarkan taugeh lama atas api nanti layu taugeh tu..tau!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!!!


Sekiranya ada komen atau idea yang ingin dikongsi bersama jangan lupa isi petak di bawah okay. 
Terima Kasih


With Love

Shima




No comments:

Post a Comment