My Precious Moment!!!

Friday, December 21, 2012

PASAR RAYA MYDIN MALL, MERU, IPOH PERAK 8HB DESEMBER 2012/ KEMUDAHAN UNTUK OKU BERKERUSI RODA




WORDS FOR TODAY

SWIZZLE - kecoh

COMMOTION - kekecohan, haru-biru




Semasa berkunjung ke Ipoh baru-baru ni, sempat juga kami menjengah ke Mydin Mall di Meru, Ipoh yang dikhabarkan antara pasaraya Mydin yang kedua terbesar di Malaysia. Dengarnya, ia baru mula beroperasi dalam masa 6 bulan sahaja. Sesat jugak kami sebelum sampai ke sini. Akhirnya, setelah bertanya orang di stesen minyak kami pun sampai juga ke Mydin.

Amboi!!! pertama kali datang ke sini, hati dah merasa terpegun melihat keunikan seni bina ukiran di bahagian depan bangunannya. Memang bangunannya besar, cuma tempat letak keretanya macam keliru sikit la, tapi mungkin juga disebabkan ini pertama kali kami sampai kot. Hee Hee. Apapun, memang satu kelainanlah bila berada di Mydin Mall Meru Ipoh ni.

Di bawah ada beberapa cebisan photo kenangan sewaktu berada di sana.:). Silalah skrol ke bawah untuk membaca pandangan saya tentang Mydin mall ini.



Di depan pintu masuknya, memang cantik sangat pada waktu malam dan besar sekali bangunannya.



Tempat Letak Kereta OKU

'Parking' untuk OKU ada disediakan dan berada dekat dengan pintu masuk utama ke Mydin. Jadi tak perlu bimbang pada golongan OKU kerana tempatnya luas dan amat memudahkan kita.



Ambil peluang untuk bergambar sebentar dengan kakak dan Mak di depan pintu masuk utama ke Mydin. 







Sempat juga Mak dan kakak beli kerongsang di sini. Banyak pilihan dan lawa sangat pelbagai jenis koleksi kerongsang yang dijual di sini. Murah pulak tu. Ianya terletak di tingkat 1, bahagian tengah. Sekiranya ada berkunjung ke sini, jangan lupa singgah ke gerai mereka kerana hanya kedai mereka yang mempunyai koleksi kerongsang yang cantik-cantik berbanding gerai lain yang terdapat di situ. Jadi kita ada banyak pilihan untuk dibeli.:)



Memang hebat lah tempat ini. Cukup luas dalamnya dan ianya merupakan bangunan tiga tingkat. Saya pun tak tahu nak cerita macamana keadaan di dalamnya. Memandangkan ianya sebuah pusat beli belah yang baru dibuka, jadi rekabentuk dalamannya pun macam ada sedikit kelainan dari sudut susun aturnya dan pengunjung pasti akan merasa sesuatu yang lain dari yang biasa dilihat, syabas-lah Mydin!!! Cuma yang saya tak tahan adalah kesejukkan yang melampau dapat dirasai di sini. Adakah kerana penghawa dinginnya masih baru?? Hee Hee.. sejuk ohhh!! Tak boleh tahan.


Mydin mall sini ( barang dalam Mydin) adalah syurga tempat membeli belah!!! Why??? Pertama, sebab murah. Kedua, adalah kerana ini adalah Mydin yang kedua terbesar di Malaysia, jadi bayangkanlah kepelbagaian barangan yang terdapat di sini untuk kita memilih. Aduhai!!!! boleh jadi gila tau Hee Hee. Segala macam ada, dah tu banyak variasi. Contoh, di bahagian pinggan mangkuk, baju-baju, perhiasan rumah dan lain-lain lagi. OMG!!! rambang mata tau... ;) Siap duit ja. Hee Hee. Bolehkah buat satu Mydin gi macam ni kat Penang ka atau.. Padang Serai Kedah??? Aiseh.. beranganlah pulak tu. LOL. Okay lah, cukup-cukuplah dok bercerita pasal 'shopping' ja. Sehari semalam pun takkan habis. :)

Kemudahan-kemudahan asas lain seperti tandas, tandas OKU, lif untuk OKU, surau (besar), ATM dan tempat makan semuanya ada di sini. Jadi tak perlu ada sebarang kerisauan bila berkunjung ke sini.  Yang penting kesihatan baik dan poket penuh ja bila mai tang ni. Hoo!! Hoo!!



Antara restoran makanan segera yang terdapat di sini. A'haa.. ini pertama kali bertembung dengan kedai makan upin & ipin ni. Cuma rasa terkilan sebab kami tak berkesempatan mencuba menu di sini. :)


Pusat permainan bowling pun ada di sini. Bayangkan, betapa besarnya Mydin Mall ni. Aduhh!! penat juga bagi mereka yang kena berjalan dalam ni. Hee Hee.



'Food Court' di Mydin, yang berkonsepkan ruang terbuka (open air) . Ianya terletak di tingkat bawah dan menjual berbagai jenis makanan. Besar jugak tempat makan ni. Sempoi ahh!!! Pilihlah mana yang kita suka mengikut citarasa sendiri, cuma tempat makan ni tutup lebih kurang pukul 10 - 10.30malam dan bergantung pada kedai dan jualan jugak. Sebelah pada tempat makan ini pula ada restoran nasi kandar yang beroperasi selama 23jam. Memang 'happening' la kat sini. Dalam gambar ni cuma dapat lihat sedikit saja gerai yang menjual makanan. Sebelah depan gerai-gerai ni pun ada banyak lagi gerai sebenarnya. ;) So, imagine yourself -lah!!!!



NASI LEMAK DAGING GORENG KUNYIT RM5



BEEF STEAK RM12.50

Dua gambar di atas adalah antara menu yang kami pesan sewaktu berada di sini. Sebenarnya sudah agak lewat kami ke sini, jadi banyak gerai dah tutup. Cuma ada beberapa kedai ja yang masih buka, jadi tak banyak pilihan yang kami ada. Saya asalnya nak makan lambchop (untuk panaskan badan) tapi dah habis, jadi terpaksalah berpuas hati dengan beef steak ni aje. Ini pun 'last order' ja. Suami dan kakak makan nasi lemak dan mereka tak puas hati kerana ditipu harga katanya, dalam erti kata lain disembelih. Ummm...:) Siapa nak jawab ni??? LOL



Gambar di bawah ni adalah sewaktu pulang dari Mydin. Sesi melepak dalam bilik hotel bersama famili tengah malam sebelum mereka pulang ke homestay di Tambun, Ipoh.:). Haru biru sungguh famili ni bila dah sesat atas jalan. Separuh di Mydin dan separuh lagi di Giant LOL!!!!










Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau komen silalah isi di petak bawah ini okay!


Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak untuk membuat ulasan ini. 



No comments:

Post a Comment