My Precious Moment!!!

Friday, February 22, 2013

ASSAM PEDAS IKAN SIAKAP!!!





WORDS FOR TODAY




FROCK - pakaian wanita; jubah









Assalamualaikum semua....

Inilah masak assam pedas ikan siakap yang dimasak oleh suami. Kali ni cuba citarasa orang Melaka pulak.:). Sekali sekala apa salahnya ubah selera sikit.!! Memang sedap sungguh hidangan ini dan jutaan terima kasih untuk suami sebab susah payah pi cari daun kesum kat kedai dan memasaknya. :) Kalau anda ingin nak cuba, dapatkan resepinya di bawah okay!!!. 




Bahan-bahan untuk menumis


1 sudu kecil halba

1 sudu kecil biji sawi

1 sudu kecil lada hitam

2-3 serai yang dititik

1 kuntum bunga kantan belah empat

Daun kesum saja yang diambil dari 6-7 tangkainya

1/2 cawan minyak untuk menumis



Bahan-bahan untuk dikisar


1  1/2 cawan air

20-25 tangkai cili kering (gunting,rendam dalam air panas)

5 biji cili padi

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inchi halia

4 biji buah keras (saya tambah sendiri)

1 kiub pati ikan bilis (ganti belacan sebab ada orang kat rumah tak makannya)

2 sudu besar serbuk cili.


Bahan-bahan lain


5-10 kacang bendi

Ambil air asam jawa pekat dari 1 genggam asam jawa. (lebih sikit pun ok)

Air 3-4 cawan (bergantung nak kepekatan yang macamana)

Garam dan gula secukup rasa



Cara-caranya


Tumiskan halba,lada hitam dan biji sawi hingga naik bau.

Masukkan serai, kantan dan daun kesom. Kacau sebentar sampai layu sikit dan naik bau.

Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi dan gaul sebentar sehingga ia masak sikit.

Tambah air asam jawa dan gaul lagi.

Masukkan air garam dan gula, gaul sebentar. (tutup periuk)

Setelah mendidih sikit masukkan bendi dan ikan kemudian kacau perlahan-lahan ( hati-hati kerana ikan siakap ni ikannya jenis lembut. Takut hancur kalau kasar). Tutup periuk, perlahankan kepada api sederhana. Setelah mendidih sekali lagi, tutupkan api dan angkat tudung periuk. 

YaY!!! DAH SIAP!!! :) Jemput ler!!! Hee Hee..



Tips

Belacan boleh diganti dengan udang kering dan ikan bilis tumbuk. Rasanya pun lebih sedap. :)

Kalau tak nak guna minyak boleh guna teknik rebus jer!!


SELAMAT MENCUBA!!!!


Any comments, queries or request please fill in the box below. Thank you for reading and supporting my blog. Become an excellent follower of my blog and do subscribe to my youtube channel. :)

With Love
Shima

Bye! Bye see you all soon.....!!!!







No comments:

Post a Comment