My Precious Moment!!!

Monday, February 25, 2013

LAZADA.COM.MY (21/02/2013)





WORDS FOR TODAY




HAULAGE - pengangkutan barangan





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua yang masih menyokong blog saya di sini. Sesungguhnya sokongan anda semua amatlah saya hargai. :) Baiklah,untuk entri kali ini saya ingin berbicara tentang barangan yang saya beli secara talian melalui laman belian iaitu www.lazada.com.my. Ini juga adalah pertama kali saya membeli secara dalam talian dari lazada dan Alhamdulillah semua barang yang saya pesan sampai selepas 5 hari dari tarikh pesan. Kira okay lah, sebab saya tinggal luar dari kawasan Lembah Kelang, tetapi bagi yang tinggal di kawasan Lembah Kelang mungkin akan sampai barang lebih awal kot :). Apapun saya berpuas hati sebab barang yang dipesan  sampai dalam keadaan elok. Cuma bekas beras tu tiada bekas/cawan sukatan beras seperti yang diiklankan dan lazada juga telah menghantar satu barang yang tidak di pesan oleh saya :). Saya ingat nak buat aduanlah jugak, tapi bila ingat balik yang lazada telah terhantar satu barang lebih saya tak jadi nak buat aduan, memandangkan harga barang percuma dan yang tersilap hantar tu harganya tak seberapa. Malahan saya pasti kos nak hantar balik semula pun pasti merugikan betul tak?? Well, its a win win situation. !!!!

Harga barangan yang saya beli pula adalah dari serendah rm2.57sen ke yang paling tinggi iaitu sebanyak rm17.90. Yang paling seronok sekali ialah lazada.com.my menjual pelbagai jenis barangan  dari harga yang serendah rm1.00 serta tidak hanya tertumpu kepada barangan dengan harga yang tinggi semata-mata yang menyasarkan lebih kepada golongan berpendapatan tinggi. Ini hanyalah pendapat peribadi  saya setelah melihat laman-laman beli belah secara talian lain yang terdapat di Malaysia ini. Penghantaran pula adalah percuma sekiranya pembelian anda berjumlah melebihan dari rm50. Dan lagi lazada juga dari masa kesemasa ada mengadakan jualan murah. Alamak, ada juga barang yang saya dah beli, tiba-tiba hujung minggu baru-baru ni barang tu jatuh harga lagi. ADOI!!! sakit hati jugak rasa. Hee Hee.. Jumlah harga kesemua barangan yang saya beli adalah sebanyak rm53.86sen sahaja. MURAHKAN!!! ;)

Ini adalah percubaan pertama saya dengan lazada dan nampaknya saya berpuas hati jugak. Semua barang yang saya terima juga dibungkus rapi dalam plastik kecuali bekas isi beras sahaja yang tidak dibungkus namun masih dalam keadaan elok sewaktu saya menerimanya. Okaylah setakat ini saja yang boleh saya kongsikan bersama anda tentang pengembaraan saya bersama lazada.com.my. Sekiranya anda ada sebarang komen atau pertanyaan bolehlah isi di petak bawah sekali okay. 

Umtuk maklumat lanjut anda bolehlah layari laman web ini di www.lazada.com.my


SELAMAT MEMBELI BELAH!!!! :)



Silalah skrol ke bawah untuk melihat antara barangan yang saya beli dari lazada. :)
.
.
.
.





PENGHANTARAN MENGGUNAKAN G-DEX
KOTAK DARI LAZADA


10 PIECES SPONGE SCOURER + 1 NET SPOMGE
STAINLESS STELL CLIP THONG- SETS OF 2





ARIX STEEL CLOTHES LINE 20METER
OVAL JELLY MOULD 24 PIECES




RECTANGLE RICE BUCKET
WINDOW WIPER
























MAYSHA KITCHEN GLOVE - RED
ALL PRODUCTS COVERED WITH PLASTIC








 TISSUE BOX COVER - PURPLE



FRIDGE COVER - PURPLE


FRIDGE COVER ini saya letakkan di atas mesin penapis air kerana tak muat untuk petis ais saya. Hasilnya elok juga di situ dari kosong jer atas tukan??!!.:)




Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya.


Salam Sayang
Shima




Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak untuk ulasan di atas.






No comments:

Post a Comment