My Precious Moment!!!

Friday, February 22, 2013

(RESEPI HARIAN YANG MUDAH) DAGING GORENG MASAK KICAP KUNYIT/STIR FRY BEEF WITH SOY SAUCE AND TURMERIC.




WORDS FOR TODAY.



FURORE - kehebohan.




Thank you mr.hubby, kerana sediakan juadah ni. I know it is one of
 your favourite dishes. :). Suami saya suka sangat makan daging. Risau juga sebab selalu sangat. Kalau ditegur macam-macam alasan dia bagi, macamana tu!!! :). Anyway, inilah hasilnya dan lihatlah resepinya di bawah okay!!



Bahan-bahan


300-350gm daging (dipotong kecil dan diperap selama 15 minit bersama dengan sedikit garam dan kunyit)

3 ulas bawang putih di cincang halus

1 labu bawang besar di potong kasar

3 biji cili padi diketuk

1 tangkai daun bawang di potong kasar

1inchi halia dihiris halus

1 camca besar sos tiram

1 camca besar kicap cair masin

1/2 camca besar kicap pekat

1/2 sudu teh serbuk lada putih dan lada hitam

Sedikit air dan minyak.


Cara-cara


Daging yang telah diperap tadi digoreng sebentar dengan minyak selama 2-3 minit kemudian di angkat.

Tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

Masukkan semula daging yang di goreng awal tadi bersama bawang besar, sos tiram, kicap cair dan pekat serta serbuk lada putih dan hitam. Tambah sikit air jika perlu.

Gaul sebentar kemudian tambahkan daun bawang.

Setelah seminit 2 tutupkan api.

SIAP!! Mudah jerkan??!! :) SELAMAT MENCUBA!!!!!


Tips 

If you dont like it to be hot and spicy, do not put in bird chillies/Thai chillies.

If you want to cook it like chinese style, do not use turmeric and add more ginger and sesame oil.



Any comment, queries and request please fill in the box below. Thank you.:)






2 comments: