My Precious Moment!!!

Friday, June 14, 2013

GULAI SOTONG BERSAMA KACANG PANJANG UTARA STYLE :)






WORD FOR TODAY



CASHEW - gajus





Maaf gambar sedikit kabur!!



BAHAN UTAMA



350 gm sotong dipotong

150 gm kacang panjang dipotong



BAHAN MENUMIS


2 tangkai daun kari

3 ulas bawang merah dihiris halus

2 ulas bawang putih dihiris halus

Sedikit halia dihiris halus memanjang

1 batang kecil kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

4 biji buah pelaga



BAHAN PES



2 sudu besar serbuk kari ikan

1 sudu serbuk kunyit

1 sudu serbuk cili untuk sedikit kepedasan :)

Sedikit air.

* campurkan semua bahan serbuk ini dengan air dan gaul sampai jadi macam pes.



BAHAN LAIN


1 paket santan serbuk dibancuh dengan sedikit air

1 keping asam jawa

Garam

Minyak



CARA-CARA


  1. Tumis daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang dalam minyak sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia serta kacau sekejap sehingga layu sedikit
  3. Setelah itu masukkan bahan pes tadi bersama asam keping dan sedikit  air. Kacau dan biar pecah minyak sedikit rempah kari tu
  4. Akhirnya, masukkan sotong, santan, kacang panjang, garam dan sedikit air (jika perlu). Kacau dan biar mendidih sebentar sehingga masak. Tutup api
  5. DAH SIAP!!!!


TIPS TAMBAHAN


  • udang juga boleh digunakan bagi menggantikan sotong.
  • kalau tak suka pedas jangan tambah serbuk cili
  • kalau pantang makan kacang panjang, boleh gantikan dengan kacang buncis ataupun buah nenas


SELAMAT MENCUBA!!!!



With Love

Shima XOXOXO


Jika anda ada idea atau komen untuk berkongsi besama saya, jangan lupa untuk mengisi di petak bawah ini okay!!!



JUMPA LAGI!!!!!.... InsyaAllah... :)











No comments:

Post a Comment