My Precious Moment!!!

Thursday, June 6, 2013

KARI KEPALA IKAN CHINESE/ NYONYA STYLE




WORD FOR TODAY




DESPAIR 'n' - perasaan putus asa; putus harapan




Hello!! Today our recipe is fish head curry. Its our first time cooking curry this style and it turns out to be very delicious. :). Resepi kali ni sebenarnya lebih kurang macam kari biasa je cuma ada beberapa bahan ditambah bagi memberi sedikit kelaina pada rasa dan tekstur kuahnya.

Walaupun ini kari kepala ikan tapi saya guna badan ikan juga okay!!! :)

Please check the recipe below and hope you like it too.!!!


CUBALAH YE!!!!









BAHAN UTAMA


2 ekor kepala ikan seludu (dipotong) guna ikan lain pun boleh



BAHAN MENUMIS


Daun kari dari 5 tangkai daun kari

1 camca besar halba campur

Minyak



BAHAN BUMBU


6 camca besar serbuk kari

3 camca besar serbuk cili atau kisar cili kering

2 camca besar serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar

Sedikit air



BAHAN KISAR


6 ulas bawang merah (saiz sederhana)

6 ulas bawang putih

7 biji cili padi

4 batang serai

1 inchi halia

2 inchi lengkuas

4 biji buah keras

1 sudu besar belacan (jika suka)



BAHAN TAMBAHAN


2 biji tomato

10 batang bendi

3 batang cili merah atau hijau

1 1/2 kotak kecil santan

2 genggam assam jawa (4 cawan air)

Garam dan gula secukup rasa

Minyak







CARA MEMASAK


  1. Tumis daun kari dan halba campur dengan minyak sehingga naik bau
  2. Gaulkan bahan bumbu bersama bahan kisar jadikan pes dan kemudian tumiskan semuanya sekali dan kacau sebentar
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Setelah mendidih lagi sekali masukkan santan garam dan gula.
  6. Sementara itu, tumis sebentar dalam kuali lain kacang bendi, tomato dan cabai hidup dengan sedikit minyak selama lebih kurang 2 minit dan akhirya tuangkan semua dalam kuah gulai tadi serta kacau sebentar. Tambah air jika perlu. DAH SIAP!!!



SELAMAT MENCUBA YE SEMUA!!


For any comment or queries, kindly fill in the box below.

Thank you!!

With Love

Shima XOXOXO










No comments:

Post a Comment