My Precious Moment!!!

Thursday, June 13, 2013

RESEPI HARIAN YANG MUDAH - KERABU NENAS TIMUN ALA UTARA





WORD FOR TODAY





ELATED - gembira, berasa gembira








BAHAN-BAHAN


1 biji nenas dipotong memanjang kepada 12 dan dihiris setiap satunya

2 biji timun (buang bahagian tengahnya) dihiris.

2 biji bawang besar dimayang halus

8 biji cili padi dihiris halus

2 camca besar cuka

3 camca besar sos cili

2 camca besar sos cili thai

1 camca besar gula

Sedikit garam jika perlu

*Saya menggunakan nenas dan timun yang bersaiz kecil sahaja*



CARA-CARA



  • gaulkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kecuali garam
  • bila dah sebati, rasa masinnya dulu, kalau tak cukup tambah garam atau bahan lain lagi jika perlu.
  • DAH SIAP!!!


TIPS


  1. Saya buang bahagian tengah timun kerana untuk mengelak dari kerabu saya jadi terlalu berair dan cepat basi
  2. Boleh tambah bijan panggang atau kacang tanah tumbuk/kisar dalam kerabu ni untuk lebih rasa rangup dan lemak.
  3. Hirisan halus bunga kantan juga sedap kalau ditambah bersama hirisan daun ketumbar
  4. Kalau tak suka pedas, gantikan cili padi dengan cili merah hidup atau dua-dua sekali pun okay!!



Sangat mudahkan resepi ini, bolehlah anda semua mencubanya!!! :)



With love

Shima XOXOXO









No comments:

Post a Comment