My Precious Moment!!!

Friday, September 27, 2013

SHOPPING BAG - WATSONS AND SINMA





WORD FOR TODAY



HUSBANDRY 'n' - penternakan; pertanian; pengurusan (bahan) sumber





Assalamualaikum dan hello to everyone!!! Kita jumpa lagi dengan another mini hauls from me. :)
Sempat juga jengah masuk ke watsons dan sinma sewaktu ikut suami ke komplek beli belah di Sungai Petani. Hubby ke situ pun sebab ada pertandingan bowling. Saya tumpang lah sekaki. Hee Hee!!!

Anyway, di bawah adalah antara barang yang saya beli di watsons dan sinma.







WATSONS - SAFI BALQIS 2 DALAM 1
PEMBERSIH DAN PENYEGAR
2 IN 1 CLEANSER AND TONER
RM13.75


Produk safi ni sempat guna beberapa kali ja dan suka sangat. Jimat masa sebab 2 dalam 1 kan. :)
Yang bestnyer, sejuk sangat di muka bila basuh muka dengan produk ni. Muka pun tak rasa kering, rasa lembap jer dan bau wangi pulak tu. Suami pun suka dengan bau ni. Hee Hee!!!
Teksturnya berkrim jernih yang pekat. Tak perlu banyak pun untuk cuci muka. Sikit jer dah cukup. Sangat jimat.
Setakat ini saja yang saya boleh kongsi dengan anda tentang produk safi ini, memandangkan saya baru mencubanya dalam tempoh tak sampai seminggu pun lagi. Harap produk ini memberi kesan yang baik pada kulit wajah saya. 





WATSONS - GINVERA NUTRI WHITE TONER RM7.90

Belum cuba lagi produk ini.!!!!






(CLICK ON PHOTO TO ENLARGE)





PRODUK-PRODUK DI BAWAH , SAYA BELI DI SINMA DAN SETIAP SATUNYA BERHARGA CUMA RM5 SAHAJA






SINMA - SERA ALOBON RM5 CODE 03
Harga asal rm15, tapi saya beli dengan harga rm5 sahaja murahkan!!!








Cantik warna pemerah pipi ni. Warnanya, natural ala-ala peachy pink/coral cuma sedikit gelap. Tekstur sederhana lembut, berpigmen, sedikit berserbuk konsistensinya, ada kilat sikit jer serta senang untuk di sapu dan ratakan di pipi. Hanya sedikit jer produk perlu untuk sapuan ke pipi. Selain bertindak sebagai pemerah pipi, produk ini boleh juga digunakan sebagai 'shading' atau 'contour' untuk membentk muka dan juga sebagai pembayang mata. Warna ini juga nampaknya, sesuai untuk semua jenis kulit.
Sarung plastik untuk pemerah pipi ini jenis yang berkualiti dan datang bersama aplikator berus yang sederhana lembutnya.
Memandangkan produk ini ada sedikit kilat, bila memakainya muka nampak 'glowy' gitu. Boleh guna ringan jer warnanya pada waktu siang dan lebihkan sikit warna bila memakai pada waktu malam.
Walaupun harganya cuma rm5 sahaja, tetapi produknya sangat berbaloi untuk dimiliki. !!!!
Sekiranya berminat, dapatkanlah segera di kedai sinma berhampiran anda. :)










GINCU BIBIR ALOBON - 313 (RM5)

My favourite nude colour!!! warna solid berkrim, tiada kilat dan warna seperti semulajadi warna bibir. Tekstur lembut, sangat berpigmen, tiada bau yang pelik dan memberi sapuan yang mudah ke bibir. Warna ini sesuai untuk mereka yang berkulit cerah.
Jatuh cinta dengan warna ni.. :)










GINCU BIBIR ALOBON - 15 (RM5)

Warna ini pun cantik juga. Warna merah sederhana dengan sedikit sentuhan warna oren pada warna asasnya. Sama seperti di atas tekstur, pigmen dan konsistensinya. Memberi sapuan lembut di bibir. Dengan hanya memakai warna ni di bibir saja, muka dah nampak berseri-seri. 
















GINCU BIBIR ALOBON - 20 (RM5)


Saya tak rekomen warna ni. Warnanya nak oren sikit dengan warna asasnya macam ada kilauan emas gitu. Tekstur lembut tapi tak berpigmen sangat, berkabut (frosty) dan ianya sangat berkilau dan berkilat. Aplikasi di bibir mudah cuma tak sekata di bibir. Saya rasa gincu warna ni sesuai buat macam 'gloss' jer. Sapu sedikit atas bibir pada warna gincu lain untuk memberi kesan kilauan di bibir yang sesuai pada waktu malam.



Okay semua, cukup untuk kali ini. Jika anda ada sebarang komen, pertanyaan atau perkara yang anda ingin kongsikan bersama, silalah isi di petak bawah ini ye.

Terima Kasih dan
Jumpa Lagi!!!


With Love
Shima XOXOXO




Hanya melalui pengalaman sendiri saya membuat ulasan produk di atas. Saya juga TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak atau individu bagi melakukan ulasan ini.
HARAP MAKLUM!!!





No comments:

Post a Comment