My Precious Moment!!!

Thursday, October 17, 2013

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK ALA - UTARA :)





WORD FOR TODAY




RELISH 'n' - selera; pembuka selera; nikmat;  menikmati







Uhmmm.. sudah lama sebenarnya 'chek' mengidam nak buat masak tempoyak ikan patin ni. Akhirnya tercapai jugaklah hasrat. Malahan, menggunakan tempoyak buatan sendiri lagi, jadi perasaan menyediakan masakan ni terasa manis sekali bersama tukang masak terhebat, iaitu suamiku. :).

Moh, kita tengok resepi dan cara-cara nak memasaknya mengikut citarasa kami sendiri.. :)



BAHAN UTAMA















1 1/2 kilo ikan patin (1 ekor ikan)
(di cuci bersih dan rendam dengan air asam jawa dan garam lebih kurang 1/2 jam ke 1 jam, kemudian cuci dengan air bersih) untuk buang bau hanyir ikan.

3 - 4 sudu besar tempoyak

2 - 3 sudu besar sambal belacan


BAHAN-BAHAN TUMBUK



6 biji ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

10 biji cili padi merah

1 biji cili merah hidup

2 besar ibu jari kunyit hidup (lebih pun okay)

1/2 inchi halia 




BAHAN-BAHAN LAIN



3 - 4 tangkai daun kesum @ daun laksa

3 batang serai di ketuk

1 keping asam kering - saiz kecil

2 biji timun - potong kasar (saya guna timun saiz kecil je)

1 jug air - agak-agak untuk kuahnya

garam dan gula secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis - tak guna minyak pun tak pa, cuma naik rebus je bahannye


CARA CARA NAK MASAK

  1. Tumis bahan tumbuk, sambal belacan, serai, daun kesum atas sedikit minyak hingga naik bau. Tambah sikit air jika perlu dan gaul beberapa minit.
  2. Masukkan ikan, gaul dan tambah satu jug air.
  3. Setelah lebih kurang 5 minit, masukkan tempoyak, asam keping, garam dan gula serta timun. 
  4. Sambil kacau dan tunggu hingga didih dan ikan pun masak bolehlah tutup api.
  5. DAH SIAP!!! mudah jer kan??

TIP

  • Sambal belacan tak guna pun tak pa. Tapi kalau guna rasa lebih sedap kot. Hee Hee
  • Isi ikan patin ni lembut sangat jadi hati-hati bila mengacau kuahnya sewaktu memasak takut hancur
  • Bukan penggemar ikan patin@sungai, boleh gantikan dengan ikan lain seperti ikan kembong besar dan ikan pari.
  • Tambah bunga kantan untuk sedapkan lagi kuahnya.



SELAMAT MENCUBA!!!!!








No comments:

Post a Comment