My Precious Moment!!!

Monday, January 13, 2014

AYAM MASAK KICAP PEDAS.. RESEPI HARIAN YANG MUDAH!!




WORD FOR TODAY


CILANTRO, CORIANDER - daun ketumbar



Salam sayang buat semua...Wah!! lama saya tak kongsikan resepi. Jomlah kita buat ayam masak kicap pedas ni!!



 Bahan kisar

1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
7 biji cili padi
sedikit air

 Bahan-bahan perapan ayam

Lebih kurang 1/2 ekor ayam
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu cuka
1 sudu minyak bijan



Bahan-bahan lain
Sehelai daun bay atau kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cili merah segar (dihiris)
Serbuk lada hitam dan putih
Daun sup dan bawang
1/2 labu bawang besar hiris bulat
Air dan minyak



CARA CARA


Perapkan ayam dengan semua bahan perapan tadi dan biarkan sebentar


Kisarkan semua bahan kisar dalam mesin pengisar




  1. Perap ayam dengan bahan perapan seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis daun bay. kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Tuangkan bahan kisar dan gaul 2 minit
  4. Masukkan ayam yang telah di perap tadi dan sedikit air.
  5. Gaul sekejap dan tutup kuali.
  6. Selepas lebih kurang 3-4 minit macam tu, buka penutup dan gaul serta masukkan serbuk lada putih dan hitam.
  7. Gaul lagi dan tambah air jika perlu.
  8. Tutup kuali kembali selama 2-3 minit.
  9. Taburkan hirisan cili, bawang besar, daun sup dan bawang, gaul sekejap lebih kurang 2 minit dan kemudian boleh tutup api.
  10. DAH SIAP!!

lihat video di bawah ini!!!




Boleh lah hidang bersama dengan nasi panas-panas!!!!


SELAMAT MENCUBA !!!!


bye bye!!!...


Shima... mmuuaahhh.. :)


No comments:

Post a Comment