My Precious Moment!!!

Saturday, January 25, 2014

SUP AYAM CENDAWAN, SUHUN BERSAMA BROKOLI



WORD FOR TODAY


POMEGRANATE - buah delima







Antara bahan-bahannya..










  1. 800gm - 1kg ayam yang bersih dan potong kecil.
  2. rempah menumis - daun bay, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  3. sayur brokoli
  4. cendawan tiram
  5. suhun (rendam dalam air) bila dah lembut sikit buang airnya
  6. cendawan shitake (rendam air panas) bila dah kembang dan lembut, hiriskannya
  7. bahan kisar - bawang merah 5 ulas @ sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 6 biji cili padi, halia sebesar 2 ibu jari dan 1 sudu makan serbuk rempah
  8. 2 sudu teh serbuk pati ayam, garam, serbuk lada hitam dan putih.
  9. minyak dan air

bahan-bahan yang dikisar


CARA-CARA

  • tumis rempah ratus dalam periuk dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan kisar dengan sedikit air, gaul sekejap dan biarkan bumbunya masak
  • setelah itu masukkan ayam dan cendawan shitake serta 1 jug kecil air ke dalam periuk, kacau dan biarkan ia mendidih sebentar - masukkan sikit garam untuk memberi rasa dulu pada ayam
  • hampir mendidih, masukkan sayur brokoli, suhun, cendawan tiram dan tambah air lagi jika perlu
  • akhir sekali masukkan garam, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan putih, biar didih sekali lagi, boleh lah tutup api
  • DAH SIAP!! ... tambah daun sup dalam kuah sup in untuk menyedapkan lagi rasanya.
  • SELAMAT MENCUBA!!!









With Love..
Shima XOXOXO...

Bye!!! :)




No comments:

Post a Comment