My Precious Moment!!!

Saturday, June 14, 2014

NUTOX - SKINCARE PRODUCT





WORD FOR TODAY


FESTAL 'a' - berkaitan dengan pesta; meriah; keramaian





Assalamualaikum and hello semua!! Lama juga saya tak kemas kini blog. Untuk ulasan produk kali ini, saya telah membeli dan mengguna pakai produk penjagaan kulit muka dari nutox ni selama hampir 2 bulan lebih dah. Nak beli set penuh, tak mampu kut. Jadi beli la 3 barang jer dari jenama nutox ni sebagai percubaan dulu. :)  Produk ni saya beli di watsons dan harganya mungkin berbeza di berlainan kedai bergantung pada promosi yang dijalankan. Kalau tiada promosi harga produk mungkin sama la kot ye.

Setakat hari ini saya suka dengan hasilnya dan pasti akan ulang membelinya lagi kerana ianya sangat sesuai dengan kulit muka saya. Umur kian meningkat kulit muka pun kedut sana sini dah. Hee Hee.

Produk nutox dengan bahan utamanya sarang burung ini memang sesuai dengan semua jenis kulit katanya. Bau pun macam sarang burung.. umm kalau pernah minum sup sarang burung haa.. bau macam tu la :)

Betul, selepas memakainya lebih kurang 2 bulan, kulit muka memang terasa anjal dan berlembap jer, tak mengeringkan kulit muka. Memang bestla. Terutama sekali krim malam tu yang mempunyai formula memberi kesan 24jam lembapan di muka. 

Alhamdulillah dengan hasil produk nutox ni.Walaupun  saya rasa julat harga  nutox ini agak mahal, namun membandingkan kualiti bahan yang digunakan kira berbaloila juga dengan harga yang di tawarkan.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk nutox.

Silalah skrol ke bawah untuk melihat produk yang saya beli. :)

SERUM
RM69++


PENCUCI MUKA
RM19.90


KRIM MALAM
RM45++







Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak atau individu bagi ulasan produk di atas ini.


1 comment: