My Precious Moment!!!

Wednesday, July 9, 2014

IFTAR / BERBUKA PUASA DI VISTANA HOTEL, PENANG 5 JULAI 2014




WORD FOR TODAY


FLUCTUATE  'v'- berubah-ubah; turun naik




Assalammualaikum, 

Semoga anda semua yang saya hormati dilimpahkan nikmat rezeki dan kesihatan yang lebih baik dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh baraqah ini :) . 

Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini serta bersyukur sangat-sangat sebab walaupun kesihatan  sendiri agak goyah, namun masih mampu untuk meneruskan ibadah puasa ini. Syukur.. Amin!!!

Baiklah, baru-baru ni, suami bawa saya berbuka secara buffet di hotel Vistana dekat Bukit Jambul, Penang. Inilah yang nak saya kongsikan bersama anda kali ini. Buffet dengan bayaran untuk dewasa rm48++  dan kanak-kanak pula dikenakan bayaran sebanyak rm30++. Untuk info lebih lanjut sila klik di sini . Kalau ingin berkunjung ke sini pastikan anda buat tempahan awal kalau tidak mungkin tiada tempat. Saya dan suami bernasib baik ja ada 'seat' kosong tumpang meja group lain. Ahh.. itulah pasal bila main masuk jer ingat ada tempat kosong. :) Dan nak jadi cerita, group tu tak jadi datang pulak dan meja tu kami berdua ja yang ada.. sedangkan meja lain semua penuh, rezeki kami la kan Hee Hee



Setiap meja boleh muat sepuluh orang dan kelihatan ada juga meja yang disusun untuk lebih dari sepuluh orang, ya la bergantung pada jenis tempahan. Saya tengok ramai yang datang bawa family. Penuh meja dari yang tua hingga yang bayi dalam stroller, meriah sungguh!!



Buffet ramadhan di vistana hotel ini di tempatkan dalam dewan dan makanan ada di bahagian luar. Dewan ni agak luas namun susunan meja di dalamnya agak padat dan laluan antara meja jadi sempit sikit. Namun dekorasi hiasan lampu dalam dewan ni cantik sekali. Wah!! macam makan 'annual dinner' ntah mana-mana syarikat la pulak . Haa Haa!!! Oh ya! di pentas depan tu ada dua orang penggesek biola yang mengalunkan muzik irama tradisonal yang sangat mengusik jiwa. :)



Di bahagian tepi dewan, buffet di susun atur dengan kemas dengan ruang yang agak besar dan luas, malah hingga ada stesen makanan yang di letak sampai ke bahagian luar pintu hotel. Memang banyak pilihan makanan di sajikan di sini, sangat berbaloi lah dengan harga yang di tawarkan. Namun, boleh saya katakan makanan di sini kuantiti melebihi kualiti kot. Apapun ni cuma pendapat peribadi saya saja. Kenapa saya berpendapat sedemikian, ya la sesetengah makanan macam ketam dan siput rasanya agak kurang segar. Atau memang in 'standard' hotel 4 star kot?!! Walaupunbegitu, saya masih menyukai semua makanan yang ada di sini terutama sekali grill kambing sos bbq memang teramat lazat!!!



MURTABAK



Stesen ais kacang dan ais krim yang sentiasa penuh dengan orang beratur, memang sedap, cuma kenalah banyak bersabar ye tunggu hingga sampai giliran. :)



Buah-buahan segar juga disediakan di sini. Dikupas dan dipotong mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan. Tapi buah manggis dan rambutan tu pandai pandai sendirilah nak buka ye. Hee Hee...



Stesen Bubur dengan beberapa pilihan antaranya bubur kacang dan bubur pulut hitam. Oh ya.. di sebelah ni ada lagi satu stesen laksa penang. Yuu Huu!!! :) lupa nak ambil gambar. 



Di bahagian luar pintu ni ada stesen pisang goreng, satay, otak-otak dan kambing gril. Memang meletop!!!



Ada pelbagai jenis nasi, lauk pauk dan sayur untuk di pilih. Antaranya, nasi putih, nasi beriani dan nasi tomato. Dari sudut rasa, mungkin lidah saya pernah merasa yang lebih sedap dari setengah apa yang ada di sini. Namun, masih boleh diterima dan mungkin setiap chef ada resepi tersendirikan jadi kenalah 'respect' . Apapun, sentiasa masih ada ruang untuk di perbaiki. :) 



Stesen gulai kawah, ada sambal ikan keli goreng lagi. YUMS!!



Ada pelbagai jenis pembuka selera seperti kerabu, salad, serta ulam ulaman dan beberapa jenis sambal . Buatlah pilihan mengikut citarasa anda. Pilihan saya adalah kerabu kaki ayam. Hee Hee..



Stesen lauk, sememangnya ada banyak pilihan dan tak terpilih kot serta tak kan sempat nak merasa semua jadi makan dan rasalah mana yang teringin yer. Stesen di hujung belakang tu adalah stesen air, panas dan sejuk serta stesen roti dan beberapa jenis sup. Sup tradisional dan juga sup moden. 



Ahhh.. tauhu sumbat, my favourite nih!1!



Salad 'mat saleh' my favourite juga ni.. :)




Yang paling best di lihat pastinya bahagian 'dessert' . Umm.. macam-macam ada. Antaranya, pelbagai jenis kek, puding, kastard, agar-agar dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan moden. Memang banyak pilihan!. Bagi yang ada masaalah kesihatan macam saya ni kenalah memilih makanan.. jangan terlajak sudah okay!! 

Bagi mereka yang ingin berbuka puasa di hotel, bolehlah cuba buffet ramadhan di hotel vistana yang terletak di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini. Harganya sangat berpatutan dan semestinya banyak pilihan menu yang sangat menarik sekali.

Akhir kata dari saya, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA semoga ibadah kita di terima dan sempurna di mata- Nya.. InsyaAllah...:)


Untuk info lebih lanjut tentang hotel ini sila klik di sini .

Salam Sayang,

Shima 
XOXOXO




No comments:

Post a Comment