My Precious Moment!!!

Sunday, November 16, 2014

KUIH KETAYAP/ KUIH DADAR




WORD FOR TODAY


PERISHABLE 'adj' - mudah rosak; cepat buruk; tak tahan lama. ( terutama sekali pada makanan )





Alhamdulillah..lama dah teringin.. akhirnya dapat juga makan homemade kuih ketayap ni..Ya la.. bila beli di luar, rasanya lain dan banyak pewarna hijau di tambah.. memang tak sedap.. :) dah macam mengidam sangat kuih ketayap ni.. Hee Hee..well, jom tengok resipinya okay, mudah jer bahan-bahan nya pun...:) jom cuba!!



bahan untuk inti

250-300gm kelapa parut

2 ketul/batang gula melaka (cairkan selama 1 minit dalam microwave, lepas tu gaul bagi sekata)

2 sudu makan gula pasir

garam secukup rasa

2 - 3 helai ikat daun pandan

sedikit air

(campurkan semua bahan untuk inti ni dan masak atas api sederhana dan gaul sehingga semua sekata dan intinya masak dan menjadi agak sederhana kering)

bahan untuk kulitnya :)


3 - 4 cawan tepung gandum

2 cawan air daun pandan (8 helai daun pandan yang di kisar bersama air dan tapis)

2 biji telur

1 cawan santan

garam secukup rasa

air

(campur kesemua bahan untuk kulitnya ke dalam pengisar (blender) dan kisar beberapa kali sehingga mendapat adunan yang sempurna sambil ditambah air dan gaul bagi sekata adunan ini)

bila adunan kulit ni dah siap, maka bolehlah masak sedikit demi sedikit di atas kuali leper dengan sedikit minyak okay.





...terima kasih pada anak saudara, kakak dan suami yang susah payah membantu menjayakan hidangan kuih ketayap ini... nanti tolong buat lagi ye!! :)


cara nak gulung kuih ketayap ini

ambil sedikit inti dan letak atas kulit ketayap ni


ratakan inti supaya senang nak balut nanti


sila tengok video ni untuk melihat langkah seterusnya ya!!


Inilah hasilnya.. !!!

Selamat mencuba!!!


Shima
XOXOXO



No comments:

Post a Comment