My Precious Moment!!!

Wednesday, November 12, 2014

STIM/KUKUS TAUHU LEMBUT BERSAMA UDANG DAN BAWANG PUTIH GORENG/ RESEPI RINGKAS





WORD FOR TODAY


TRIVIAL 'adj' - tidak penting; remeh-temeh; tidak berharga





Resepi ini ringkas jer dan mudah untuk disediakan.. bahan bahan yang digunakan pun sikit.. malah boleh di pelbagaikan.. yang penting sedapla kan.. :)

bahan-bahannya..

1 paket tauhu lembut

8 ekor udang - dipotong atau cincang, terpulang

1 sudu besar bawang putih goreng - letak lebih atau kurang, ikut selera okay

sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

bahan untuk sosnya..

2 - 3 sudu besar kicap cair masin

1 sudu besar minyak bijan


cara-cara nak masak..


  1. didihkan air  dalam tempat pengukus.
  2. letakkan tauhu lembut dalam pinggan,taburkan udang atasnya. bahan sosnya dicampur sekali dalam bekas lain dan taburkan separuh atas tauhu tadi.
  3. setelah air mendidih masukkan pinggan berisi tauhu dalam pengukus dan tutup selama lebih kurang 5 minit.
  4. setelah itu taburkan selebihnya sos tadi ke atas tauhu diikuti dengan bawang putih goreng dan terus mengukus selama 5 - 6 minit lagi sehingga udang tu masak.
  5. bila dah masak, tutup api dan alihkan pinggan dari pengukus dengan berhati-hati okay, dah tu taburlah hirisan daun bawang di atasnya..
  6. DAH SIAP!! :)
  7. kalau tak makan udang, boleh ganti dengan ayam yang dicincang.
  8. bawang putih goreng pula boleh di ganti dengan bawang merah goreng atau udang kering.. nak letak semua pun boleh.. Hee Hee

SELAMAT MENCUBA...!! 


bye..

Shima
XOXOXO








No comments:

Post a Comment