My Precious Moment!!!

Thursday, February 5, 2015

Bila Hati..... :)



Secebis Nukilan Hati



bila hati terasa..
aku mula menjauh..
bila hati terusik..
aku mula menyepi..

bila hati meronta..
aku mula merayu..
bila hati terguris..
aku mula memendam..

bila hati kecewa..
airmata menjadi teman..
bila hati putus harapan..
hanya pada-Nya ku berserah..


usah ditanya hati yang kelana..
hati yang rapuh bisa terpanah..
permainan takdir menjadi rencana..
jiwa yang lemah pasti bernanah..

pergi mu sayang membawa hati..
hati yang tegar penuh firasat..
keperitan hatimu aku mengerti..
tenanglah di sana jangan lagi berhasad..


bila hati dikasihi...
aku mula menyayangi..
bila hati diwarnai..
aku mula mewangi..

bila hati berlagu..
aku mula bernyanyi..
bila hati berirama..
aku mula menari...


permainan hati penuh coretan..
nukilan berpanjangan tiada sempadan..
ada keindahan juga keperitan..
pilihan hati jadi peranan..



Selamat Tinggal.. Sayang ku...


Selamat Malam Semua!!!!
.


Shima
XOXOXO



  

No comments:

Post a Comment