My Precious Moment!!!

Saturday, March 7, 2015

RESTORAN VICTORIA STATION - SEBERANG JAYA





WORD FOR TODAY


PESSIMISM 'n' - sikap mudah putus asa; kecenderungan mempercayai sesuatu yang buruk akan berlaku






depan restoran..

Assalamualaikum.... :)

Yeah!! seronoknya dapat makan steak di sini.. umm..'fine steak' katanya..jom tengok dan rasa.. hee hee.. sebenarnya akhir sekali saya makan di restoran ini ialah pada tahun '97 kot...masa tu waktu sihatlah belum berkerusi roda lagi..kini sekali lagi dapat makan di sini..sebabnya, suami dah lama dah teringin dan dok ajak mai makan di sini..walaupun bukan tempat yang sama..ya la ..cawangan restoran di Seberang Jaya ni belum buka lagi waktu tu.. :).. kiranya restoran ni dah lama bertapak di tanah Malaysia la..dengan beberapa cawangannya..di seluruh Malaysia!!



...ahh..sambil membelek menu sempat juga suami ambil gambar..klik!! klik!! :)
WOW!!! belek menu ja..terus terkejut sebab banyak sangat pilihan dengan pelbagai jenis 'steak'... pembuka selera..dan pencuci mulut...malahan ada juga pilihan lain seperti 'lobster'... susah sangat nak pilih..akhirnya kami panggil pelayan di situ dan minta dia rekemen mana yang sedap dan berpatutan dengan harga.. :)

..dari sudut harga pulak...kalah 5 star hotel kot..
Hee Hee
..adakah berbaloi?? bagi saya sekali sekala okay lah..kalau selalu ..parah poket kot Haa Haa..
..apapun memang ada kelainan dari sudut kualiti daging dan rasa sosnya..yang sedap!!



LOBSTER BISQUE RM17.90

..umm ini pilihan  suami sebagai pembuka selera..rasanya masam-masam sikit macam sup tomato jer..isi lobster pun banyak juga..dari sudut rasa..boleh tahan saja sebab pernah makan di tempat lain rasanya lebih sedap dari yang ni..sorry!!


SHARKFINS AND CRABMEAT SOUP RM16.90

WOW!! sedap sangat sup sirip ikan dan isi ketam ni..memang kegemaran dari dulu lagi..boleh letak cuka kalau suka..mesti cuba hidangan ni kalau datang ke sini!! :)



SEAFOOD COCKTAIL RM14.90

..well..hidangan koktel ni ada udang (banyak juga), hirisan scallop dan isi ketam..dihidangkan bersama sos tartar dan sos thousand island..sedap jugak la..cuma isi ketam tu ada rasa 'frozen' macam ais sikit sikit..tapi tak kisah sangat la sebab ni memang jenis hidangan sejuk..:)


AIR MINUMAN..

..saya minum air suam ja (free) bila dah habis nanti pelayan mai tambah ler..
suami pulak minum 'ice lemon tea' harga rm6.90..
harga minuman agak luar biasa sikit kot di restoran ni..:)



WILD MUSHROOM STEAK
RM54.90


...'steak' bersama sos cendawan dihidang bersama kentang goreng (besar kentangnya), sayur (yang di celur) bersama terung dan tomato yang digril..
daging memang sangat berjus, lembut dan sedap la..
pilihan'medium rare' bagi cara daging tu dimasak..tak nak masak cara 'well done'..sebab nanti daging jadi keras..


VICTORIA STEAK
RM56.90


..hidangan untuk 'steak' pilihan saya sama jer seperti di atas..cuma ia dihidangkan bersama sos brown yang sangat istimewa ..dan potongan dagingnya lebih tebal sikit..memang best lar..cuma yang saya tak berapa berkenan ialah hidangan sampingan bersama 'steak' ni..iaitu kentang goreng dan yang lain-lain tu..rasanya untuk hidangan 'fine steak' dengan harga rm50 ke atas..paling kurang pun ada jagung ke, kentang lecek ka, kentang bakar atau sayur asparagus gril..yang lebih bersesuaian dengan harga dan tak la nampak macam hidangan steak biasa yang dijual di luar kan..apapun ni cuma pendapat saya ja..:)

..sekiranya anda berkunjung ke sini ..buatlah piihan mengikut citarasa dan bajet anda..sememangnya ada banyak pilihan di sini..:)

..okay la.. untuk info lebih lanjut tentang restoran ni layarilah laman web restoran ni dengan klik di sini


Jumpa lagi semua..
Selamat Menjamu Selera!!


Bye...

Shima
XOXOXO







No comments:

Post a Comment