My Precious Moment!!!

Tuesday, August 11, 2015

HOTEL SUMMIT, SUBANG USJ - JUNE 2015




WORD FOR TODAY


WISTARIA 'n' - sejenis tumbuhan yang menjalar dengan bunga yang bergantungan




...ciri-ciri hotel...



  • bertaraf 4 bintang
  • hotel yang agak lama tapi masih ok
  • ada 2 restoran dan 1 club lounge (oceania bufet restoran dan leaf cafe)
  • bufet sarapan dengan banyak pilihan serta sedap!!
  • ada perkhidmatan 'room service' (pilihan menu terhad, tapi harga agak berpatutan)
  • ada gym (kecil ja, tapi tak dijaga dengan baik)
  • ada kolam mandi, tak besar sangat untuk dewasa dan kanak kanak
  • ada dewan ballroom yang besar
  • hotel yang bersambung dengan kompleks membeli belah summit (sangat memudahkan untuk cari tempat makan dan membeli barang keperluan)
  • dalam beratus bilik di hotel ni, tapi cuma ada satu ja bilik untuk golongan OKU
  • servis kaunter menyambut tetamu boleh dipertingkatkan lagi mutunya
  • parking untuk OKU ada disediakan
  • ada berbagai jenis pilihan bilik dan suite mengikut bajet anda
  • bilik yang paling standard kami pilih pun masih luas ruangnya
  • perkhidmatan wifi katanya percuma..tapi macam ada yang tak kena ja..sangat 'confius' 
  • oh ya..bellboy 'Salihin' yang sangat prihatin..moga dia dapat bonus/tips lebih... :)

for more info about the hotel..please click the link below





...walaupun mempunyai ruang lobi yang begitu cantik.. tapi sayang..tidak pula pada sesetengah staf  di sini yang sangat tak mesra dengan keperluan golongan OKU..sebenarnya..malas nak mengadu apa apa pun..tapi terpaksa juga buat supaya mereka lebih peka dengan tugas dan tanggungjawab mereka..terutama sekali terhadap nama baik hotel ini dan tetamu hotel..mudah mudahan la kan!!!







...ruang lobi sangat besar dan cantik sangat..tapi rasanya macam tak banyak kerusi/ sofa disediakan di ruangan ni..
pada waktu kami menginap di sini..nampaknya di bahagian depan hotel ni ada kerja kerja kontrak sedang dijalankan seperti pembinaan lrt dan penambahbaikan pada kompleks summit..jadi adakalanya kedengaran bunyi sedikit bising di sini ..
..pun begitu perkara yang paling menarik sekali di hotel ini, ialah ianya bersambung terus dengan kompleks membeli belah summit..jadi senang sangat untuk nak cari makan di luar dan keperluan lain di situ..mudah juga untuk laluan berkerusi roda..:)




...indah sekali ruangan berkarpet di kaki lima menuju ke bilik hotel... 









..ahh..bila dah darurat sangat check in hotel pun dah malam..perut pula terasa lapar..tiada pilihan makan la kat..leaf cafe yang terletak sama level dengan lobi hotel..masa ni ada promosi set makanan..dan rasanya masih lagi ada promosi ni..
dari sudut rasa dan persembahan hidangan memang bertaraf 4 star la..tak mengecewakan walaupun dengan harga promosi.. terbaik!!!
..jom tengok apa yang kami makan..:)





nasi goreng satay ala summit rm15nett





..western set dinner..rm19nett
..set yang datang bersama 'appetizer', 'main course' dan 'dessert'
..ada dua pilihan..saya pilih fried breaded fish..
memang sedap!!
..maaf comot sikit pinggan tu..suami dah tolong 'bite size' kan fish breaded tu untuk memudahkan saya makan..
gambar dessert tak sempat ambil..
mix fruit jer pun.. hee hee..




oceania buffet restoran
(maaf gambar ni jer ada)

..restoran ni menyajikan hidangan bufet..
sarapan kami di sini lah..terletak betul betul di atas cafe leaf jer..dari lobi boleh nampak dah..naik tangga jer..cantik lokasi restoran ni..tapi bagi yang berkerusi roda macam saya, kena naik lif dan masuk melalui jalan belakang restoran..hee hee




..swimming pool tak besar sangat tapi memadai lah..
(gambar gym tak da) tapi gym berdepan je dengan kolam mandi..gym di hotel ni kecil jer..
..dengan kerusi roda tak boleh ke tempat kolam sebab bertangga..jadi naik ke gym lepak dalam tu sambil tengok kolam (hubby berendam) melalui dinding kaca jer..:)


...@ grand ballroom..
..masa ronda ronda nak ke kolam..sempat juga menjengah ke sini..memang luas sangat..dan cantik hiasan lampu dalam ni..
(ada orang baru kawin)

...meh tengok bilik pula..
maaf no gambar bilik gelap sikit..:)

..ruang dalam bilik memang luas dan selesa..cuma kami tak dapat bilik untuk OKU..sebab bilik tu pihak hotel dah bagi pada orang lain..jadi kami cuma minta kerusi plastik ja untuk tujuan mandi..
cuma satu ja..dalam bilik hotel ni..kemudahan paip yang sesuai untuk kegunaan orang islam di tandas tidak disediakan..jadi dia bagi la cebok/gayung untuk kita guna bagi tujuan membersihkan diri..:)
..satu insiden yang saya paling tak boleh terima adalah bila suami meminta kerusi plastik untuk tujuan mandi..terus staf bertugas pada waktu itu kata hotel tak ada kerusi nak bagi..tak bertimbangrasa sungguh staf ni..namun disebabkan keletihan saya malas nak cari pasal..tapi keesokannya bila saya ke kolam renang hotel ni dan melihat ada kerusi plastik di situ yang sesuai untuk kegunaan saya..terus saya ke kaunter hotel sekali lagi dan bertanya staf pagi pula..
..bila saya utarakan masaalah saya..boleh pula pun..cuma minta house keeping staf hantarkan kerusi tu ke bilik ja...mudah je pun..seolah-olah staf bahagian depan dan house keeping tak boleh nak bekerjasama dengan baik..
..dah banyak hotel dah saya menginap..tapi tak pernah ada isu macam ni..
..sebenarnya ada beberapa isu lagi yang timbul sewaktu kami menginap di sini..tapi malas nak bercerita dah..yang pasti..servis kaunter menyambut tetamu hotel perlu lebih mesra tetamu dan tidak bersikap 'double standard'...














...salam cuti-cuti Malaysia..

jumpa lagi...


shima

XOXOXO


No comments:

Post a Comment