My Precious Moment!!!

Thursday, December 10, 2015

ASSAM PRAWN ALA NYONYA - :)





..assalamualaikum semua..
..apa khabar?? kali ni nak kongsi dengan semua resepi udang assam ni yang dah lama teringin nak makan..
..dulu pernah makan sekali ja di sebuah restoran..tapi mahal sangat..jadi berhajat nak buat sendiri..puas sikit makan kan.. :) ..hidangan ni tak pedas sangat..memang sesuai makan untuk seisi keluarga..selain makan dengan nasi panas..buat ratah pun sedap tau..rasanya masam masam manis gitu..hidangan ni juga sesuai sangat kalau bawa pi piknik (berkelah) :)

...bahan-bahan untuk perapan..

10 -15 ekor udang saiz sederhana
1 - 2 sudu besar asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula pasir
sedikit garam/ sos ikan (pilihan)

(gaul semua bahan di atas dan perap seketika dalam 20 minit ka..kalau semalaman lagi best kot)

..bahan-bahan lain..

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih cincang halus
jus lemon (separuh buah lemon)
sedikit parutan gula melaka (pilihan)
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam 
sedikit hirisan daun ketumbar

..cara-cara...

  1. panaskan minyak dan butter atas api sederhana ja..
  2. tumis bawang putih sampai naik bau sikit
  3. masukkan perapan udang tadi bersama jusnya (biji asam jawa buang la ye) gaulkan sekejap..bila sampai agak nak kering sikit..tambah kicap pekat lagi sikit...kemudian ..baru masukkan semua bahan lain seperti sedikit gula melaka..serbuk pati ayam..serbuk lada hitam..perahan lemon..dan hirisan halus daun ketumbar..
  4. gaul sampai gula berkaramel dan kering..serta melekat di udang tu..
  5. DAH SIAP!!
  6. pandai la main dengan api yer..garam gula pun sama ikut rasa lah yer..:)
  7. boleh tambah daun kari bagi wangi lagi hidangan ni..:)

SELAMAT MENCUBA!!!

Bye..

Shima
XOXOXO









No comments:

Post a Comment