My Precious Moment!!!

Friday, February 19, 2016

ABSOLUTE THAI - SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR 12/2/2016





tentang restoran




  1. berkesempatan berkunjung ke restoran ni yang terletak di sebuah pasaraya di kuala lumpur LG- floor sunway putra mall yang dulu di kenali dengan nama THE MALL..sekarang dah berwajah baru tau..:)
  2. ada beberapa lagi cawangannya di seluruh malaysia
  3. menyediakan hidangan asli ala thai dan sedikit sentuhan masakan cina dan 'fusion' serta banyak pilihan dalam menunya..
  4. ruang dalam restoran sederhana luas namun agak selesa cuma pencahayaan dalam restoran ni tak begitu terang..maklumla cat dinding pun hitam dan cahaya lampu pun jenis samar samar jer..tapi okaylah..masih boleh nampak makanan kita tu..hee hee
  5. servis baik..staf servis sangat mesra dan tak jemu bagi maklumat tentang hidangan yang terdapat di sini
  6. harga makanan mungkin agak tinggi juga..tapi boleh faham la kan sewa di pasaraya ni mahal..jadi maklum saja la dengan harga makanan campur gst lagi..hummm!!! :)
  7. saya suka makan di sini sebab hidangan panas panas disediakan..cuma terkilan tak dapat nak merasa tom yam di sini (mulut ada masaalah saraf tak boleh makan pedas) sedihnya.. ;)
  8. dalam restoran ni ada ruang khas untuk mereka yang nak buat majlis ka..tak la besar tapi boleh sangat untuk yang datang dalam kumpulan..meja bulat besar juga disediakan..
  9. klik di sini untuk halaman facebook absolute thai serta lebih informasi tentang restoran ini
  10. di bawah ada beberapa keping foto untuk tontonan anda!! :)

sticky rice with mango and coconut milk rm13.++

..umm rasanya ni salah satu hidangan dari negara thai yang menjadi pujaan ramai orang malaysia kan..
memang tak boleh tahan godaan mesti nak makan juga pulut pelam ni..kalau nampak ada jual di mana-mana pun hee hee...
cuma nak yang sedap kena tengok penyediaan pulut dan penggunaan jenis buah pelam apa yang digunakan..di sini pulut dan pelam memang sedap..tapi sayang pada hari yang kami makan..sos santan yang di sediakan macam terlebih masak...jadi rasanya agak kurang enak la kan.. :) sorry!!


pineapple fried rice rm17.++

sangat rekemen!!!

....wah lama dah teringin nak makan nasi goreng dalam mangkuk nenas ni..akhirnya tercapai..haa haa..berlagak ni!!! :)
..well.. bila tanya..pedas tak nasi goreng ni..jawabnya tidak..jadi saya pun pilih la nasi goreng ni sebagai santapan tengahari..sejujurnya..sedap sungguh nasi goreng ni..'portion yang banyak..nasi beras wangi thai.. dan udang serta nenas..dengan hiasan kacang gajus dan serbuk udang kering..memang berbaloi dan lazat!!



thai fried rice (seafood) + fried chicken rm17.++

..pilihan suami..nasi goreng pedas la..
..tapi kata suami rasanya kurang pedas pulak..
..hee hee..
..dengan harga yang di tawarkan..rasanya pilihla nasi goreng lain kan..macam tak berbaloi pulak dengan harga  yang ni??!!!


hong kong kailan garlic sauce rm13.++

sangat rekemen!!

..my favourite..:) ..
'portion' yang agak banyak..boleh makan 2-3 orang bagi satu hidangan.. sos bawang putihnya pun sedap sangat!!! :)


'tea in a pot' rm7.++

..teh panas tanpa gula untuk selesa kan tekak dan perut..pilihan saya teh pudina..memang berangin ja rasa..haa haa..
..terdapat juga pilihan teh perasa lain..
ikutlah selera tekak masing-masing..
..selain minuman ni kami juga minum segelas air suam berharga rm1.00 (tak ingat)
dan jus limau nipis dengan harga rm6.++
harga minuman sini memang macam mahal sikit..
standard la kot restoran dalam 'shopping mall' harga kadang kadang kalah hotel .. hee hee!! 

satu tips nak bagi tau..kalau kita pi mana mana restoran pun..baca menu dan teliti harga betul betul ambil masa..dan jangan kalut..:)
..melainkan kita dah biasa dengan restoran tu serta tahu dah apa yang nak di makan..tunggu lagi..'order' ja la kan!! ;)

orait..itu saja dari absolute thai..

bye..

khap pun khap (betoi ka) :)
terima kasih!!!

Shima
XOXOXO




No comments:

Post a Comment