My Precious Moment!!!

Monday, March 7, 2016

BILIK OKU DI AVILLION LEGACY HOTEL MELAKA 'FEB 2016





..video footage..


..tentang bilik OKU di sini..

  1. bilik OKU ada di sediakan, cuma pastikan semasa membuat tempahan bilik kita maklumkan pada pihak hotel tentang keperluan kita..samaada melalui halaman facebook mereka atau pun terus menelefon dan emel pun boleh..kita akan dilayan dengan baik oleh pihak admin mereka. :)
  2. bilik kami di tingkat 8, no 822..
  3. ruang bilik sederhana luas
  4. bilik OKU disediakan dalam bilik yang mempunyai 2 katil 'single' sahaja
  5. bilik mandi pun tak besar sangat tapi masih boleh diakses dengan baik dan berhati hati
  6. pintu kayu sliding untuk masuk ke tempat mandi mungkin sedikit kecil..sememangnya pintu kayu nya agak berat..mungkin pihak hotel patut pertimbangkan..menukar pintu yang lebih ringan sikit..)
  7. kerusi plastik yang saya minta untuk tujuan mandi tidak dapat disediakan oleh pihak hotel..lalu mereka menggantikan dengan kerusi kain berspan di bahagian belakang badan dan bahagian punggung..macamana lah nak mandi guna kerusi jenis tu..kan..rosak cepat nanti kerusi tu..jadi saya dan suami terpaksa guna kerusi lain..yang terdapat dalam bilik..
  8. so..pihak hotel tolong lah..setakat nak beli kerusi plastik untuk tujuan mandi bagi golongan OKU berkerusi roda..berapa sen la sangat kan.. hoo hoo 
  9. klik di sini untuk ke halaman facebook avillion group
  10. sila sila..jengah sat tengok bilik OKU di sini dalam foto di bawah ni..:)


..kemudahan membancuh kopi dan teh disediakan



..ruang mandi dan sinki diubahsuai dengan sewajarnya..tempat pemegang besi yang ada memang amat memudahkan...


..katil di kemas elok..bersih dan selesa..



..mini bar/peti ais mini


..peti besi..seterika dan papan seterika juga disediakan..


...ruang dalam bilik..


..kemudahan peribadi dalam bilik air..
tak rasa macam 4 star hotel :)



...jumpa lagi..:)

Shima
XOXOXO





No comments:

Post a Comment