My Precious Moment!!!

Monday, April 18, 2016

RESTORAN ALI'S GRILL HOUSE - BANDAR SUNWAY SEBERANG JAYA 3/4/2016






tentang restoran

  1. jeruk pak ali penang dah meneroka bidang kulinari pulak dengan  kewujudan restoran ali's grill house ini..rasanya dah ada dua cawangan di penang ni..satu di seberang jaya dan satu lagi di bandar pauh jaya..
  2. tak susah nak cari restoran ni..satu deretan dengan bank rakyat di bandar sunway seberang jaya
  3. parkir agak terhad ..cuma hati-hati dengan simpang nak masuk ke kawasan parkir..agak rumit sikit..
  4. restoran berhawa dingin sepenuhnya..jadi memang selesala..tambah dengan cuaca panas sekarang ni..syok la dok menjamu selera dalam air-con..hee hee..(cuaca malam pun hangat lani)
  5. ruang sederhana luas..bersih..susunan meja kemas dan hiasan atas meja serta utensil yang digunakan bertaraf 5 star restoran..di hotel..:)
  6. kedengaran azan dan alunan ayat al-quran dipasang dalam restoran semasa masuk waktu sembahyang..dan surau disediakan dalam restoran ni..TERBAIK!!
  7. servis di sini baik..layanan yang diberikan juga mesra..permintaan pelanggan diuruskan dengan baik..
  8. tiada wi fi dalam restoran ni ..:(
  9. hidangan di sini lebih kepada makanan barat yang ber-gril..ada juga pasta..dan sedikit sentuhan masakan arab seperti nasi mandy..:) ..kiranya ada banyak pilihan juga la dalam menu di sini..pilihla ikut citarasa dan bajet anda okay!
  10. dari sudut rasa saya rasa okay..mungkin boleh di pertingkatkan lagi..macam nasi mandy tu..hee hee dan kuah sos lada hitam..saya rasa lada hitamnya terlalu kuat sangat la..apapun makan steak tanpa sos pun dah sedap dah..;)
  11. dari sudut harga..sedang-sedang la..masih boleh dikatakan agak berpatutan..memandangkan pada lokasi dan sebagainya..:)
  12. sejujurnya bangga tengok orang kita dah makin ramai menceburi bidang kulinari ini dengan membuka restoran serta memberi pilihan menu yang pelbagai..
  13. jadi marilah kita sama-sama menyokong usaha mereka kan ..:)
  14. semoga terus sukses yer Ali's Grill House!!
  15. klik di sini untuk ke halaman facebook mereka untuk lebih informasi..

..video footage..


..di bawah antara hidangan yang kami pesan..

 ..okay..ini promosi untuk bulan april..masih sempat lagi ni..promosi ni sesuai untuk famili atau yang secara berkumpulan..dengan kawan ka..memang berbaloi sangat dengan harga!!


 ..jus tembikai rm6..
(dalam gelas tinggi - boleh kongsi 2 orang)
..air suam dan sejuk - percuma ja rasanya
(free flow ka tidak tak pasti)


 ..SURAU in the house!!!..
tanpa ragu dan tanpa was was..hee hee


 ..house garden salad with thousand island sos..
rm5


.. NO sharkfins soup + garlic bread..
rm10
..not to worry..no sharks were being harmed during the making of this soup..hee hee!!
..dalam menu tulis shark fins soup..saya ja tambah depan NO tu..bagi senang nak faham dan tak salah faham..:)

menu sup di sini memang datang sekali dengan garlic bread..!!


 ..lamb chop with black pepper sauce'
rm18
..masak 'medium rare/well..memang sedap..makan tak perlu sos pun..tapi bagi saya la..sos lada hitam dia mungkin punya rasa lada hitam yang agak kuat.. elok juga kan kalau ada pilihan sos lain ..seperti brown sos atau rosemary sos yang kurang pedas..:) umm..


..nasi mandy (basmathi) + daging grill +acar buah epal dan salsa..
rm18

..nasi dan daging semua masak elok..cuma rasa nasi mandy macam ada kurang aroma/rasa lah..
acar buah epal tu manis manis sikit..
..suami saya memang gemar nasi mandy ni..tapi dia suka makan pedas..jadi dia ambil sos lada hitam tu buat makan dengan nasi..hee hee..;)
sukahati dia ja kan..janji sedap dan kenyang!!


okay..ini saja dari Ali' Grill House..

Selamat mencuba dan menjamu selera!!

bye..

Shima
XOXOXO



No comments:

Post a Comment