My Precious Moment!!!

Saturday, August 27, 2016

DE'VIANA HOTEL AND APARTMENT/RESIDENCES, WAKAF CHE YEH, KELANTAN MALAYSIA





..tentang hotel..


  • sebuah hotel yang agak baru dibina..
  • lokasinya..di belakang restoran mc donald..wakaf che yeh..
  • unit hotel bercampur dengan unit kediaman persendirian..
  • hotel yang sangat berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong membeli belah iaitu 'wakaf che yeh'..berjalan kaki ja tau!! ;)
  • tiada bilik khusus untuk OKU
  • parking untuk OKU ada disediakan dan tidak berbumbung
  • servis boleh dipertingkatkan lagi
  • ada kolam mandi (untuk kanak-kanak saja)
  • ada gym
  • tiada restoran..(cuma disediakan tempat untuk sarapan sahaja)
  • gerai gerai makanan pun banyak dan berdekatan dengan hotel
  • mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat baik bagi tetamu hotel menginap di sini..
  • ada beberapa jenis bilik dan juga 'apartment' ditawarkan di sini..
  • sangat rekemen hotel ni kerana biliknya yang luas dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi!!
  • keluasan biliknya juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun berdua..
  • untuk lebih informasi berkenaan hotel ini..sila klik di sini untuk pautan terus ke laman sesawang hotel ini.:)

..di bawah adalah lampiran foto hotel ini..



..kolam renang tertutup berdekatan dengan lobi hotel..



..peringatan!! kolam ini cuma untuk kanak kanak saja..tertanya juga..kenapa tak disediakan kolam untuk yang dewasa sekali yer ..??!!! ;)



..'gym' ada disediakan tetapi ruangnya tak luas dan hanya mempunyai 2 jenis alat bersenam..ok la kan dari tiada langsung..!! ;)



..laluan ke bilik hotel..tak la bersih sangat..tapi masih okay..mungkin sebab sesetengah unit adalah unit kediaman persendiriankan..:) (berkongsi laluan)



..bilik di unit tingkat 6 ini sangat sesuai bagi yang berkerusi roda kerana bilik airnya agak luas sedikit berbanding di unit yang di tingkat 3..kami dah 2 kali menginap di hotel ini.. ;) bagi sebarang permintaan dan keperluan boleh saja berbincang awal dengan pihak pengurusan hotel..okay!!




..ruang tidur dengan katil 'queen' yang besar, selesa dan kemas..


..sangat luas ruang dalam bilik ni..memang selesa..


..ruang antara katil dan 'mini kitchen'..



..kopi, teh dan mineral water percuma..


..peti ais mini..


..ruang dapur yang selesa..moden dan bersih..


..bilik mandi..kerusi plastik pihak hotel sediakan atas permintaan..


..ruang membersih diri..;)





..set menyeterika, sejadah dan pengering rambut..ada disediakan dalam bilik..


..kami agak berpuas hati menginap di sini..walaupun ada sedikit kekurangan sana sini..tapi masih oklah..tak mengecewakan...
..sarapan tiada dalam pakej kami kerana kami berada di situ sewaktu bulan puasa..;)

..bagi mereka yang ingin bercuti di Kelantan dan mencari tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan..saya amat mengesyorkan hotel ini..!!!

selamat cuti cuti malaysia!!
bye..







No comments:

Post a Comment