My Precious Moment!!!

Saturday, September 24, 2016

HOTEL SENTRAL SEAVIEW, TANJUNG BUNGAH, PENANG 7 OGOS - 14 OGOS 2016




..tentang hotel..


  • bertaraf 3 bintang
  • mempunyai rangkaian hotel di malaysia
  • tempat parkir kereta ada disediakan namun agak terhad dan ruang agak sempit bagi parkir untuk OKU
  • ruang lobi yang luas dan selesa
  • kedai serbaneka ada dalam hotel (di lobi)
  • bilik OKU ada disediakan
  • terdapat sebuah restoran' horizon cafe ' .. bufet sarapan di sini dan pilihan untuk menu ala-carte pulak pilihan agak terhad..
  • terdapat sebuah bar/seaview lounge
  • mempunyai sebuah kolam mandi yang agak sederhana keluasannya (untuk dewasa dan kanak kanak)
  • TIADA/ NO gym
  • hotel yang berdepan dengan pantai
  • servis boleh di pertingkatkan lagi
  • kemudahan wifi ada di hotel - agak laju juga terutama sekali di lobi hotel ;)
  • SANGAT rekemen hotel ni..bagi yang mencari hotel berdekatan dengan tepi pantai batu ferringhi dengan harga yang lebih rendah berbanding hotel lain..sinilah tempatnya..;)
  • sebarang informasi dan promosi terkini dari hotel ini sila klik di pautan bawah ini - http://www.hotelsentralseaviewpenang.com.my/
  • info tambahan

    ..di sebelah hotel ini ada sebuah bangunan yang sedang dalam binaan..jaraknya yang begitu dekat agak membimbangkan juga..faktor faktor keselamatan tetamu hotel perlu diambil kira oleh pihak pengurusan hotel..supaya tiada kejadian yang tidak diingini  berlaku..



..ruang lobi hotel..

..setiap kali berpeluang menginap di hotel..perkara pertama yang selalu menjadi perhatian saya adalah kawasan parkirnya.. mestilah selesa dan selamat.. justeru itu pada pandangan saya bahagian depan hotel tidak sepatutnya disesakkan dengan tempat parkir kereta kerana ruangnya yang sudah sempit..ditambah lagi dengan parkir OKU di sudut tepi yang juga sempit..jadi agak merbahaya kalau ada kereta keluar masuk boleh menyebabkan perlanggaran kecil dan sesak hadapan pintu hotel.. 
selain itu saya juga suka melihat ruang lobi yang kemas dan bersih pada pandangan mata.. ruang kecil tak mengapa..tapi di sini bagi hotel bertaraf 3 bintang ..memang satu bonus bila ruang lobinya luas dan penuh sofa untuk tetamu hotel melepak ja di situ kan hee hee..tak perlu hiasan mewah pun asalkan kemas dan bersih ja..yang syoknya lagi bila ada kedai yang jual cenderamata dan lain lain lagi ada di lobi dan harga pun tak melampau lampau sangat..TERBAIK!!!











..horizon cafe..


..hanya ada sebuah restoran di sini dan menyajikan hidangan barat dan tempatan..namun pilihan agak terhad..harga makanan bagi hotel bertaraf 3 bintang mungkin boleh dikurangkan sikit agaknya?!! :) memandangkan seminggu saya berada di sini jadi ada waktunya kami menjamu selera juga di sini bila dah malas nak keluar cari makan..;) ..ada waktunya suami buat pesanan 'room service' tapi bawa sendiri hidangan naik ke bilik..sebab rasanya macam tak masuk akal pulak harga menu untuk 'room service' di sini..hee hee!!
..sarapan bufet kami setiap hari selama 7 hari di sini..menu sarapan tak banyak berubah tapi memang banyak pilihan..saya suka mini kek dan pemanis mulutnya..sedap.. segar dan amat menyelerakan!!
..bagi hidangan utama..memang banyak pilihan..cuma mungkin setengah tu tukar lah menu nya kan..macam 'noodle soup' kaunter mungkin boleh tukar jenis kuah sup tu..pernah satu pagi..hidangan kari ayam ada rasa yang pelik sikit..jadi suami saya maklumkan pada pihak restoran dan mereka terus menggantikan lauk lain dengan segera..(ayam berbau)..nasib baik tetamu lain tak sempat merasa lagi kari ayam tu ..;)
..apapun..saya suka sarapan bufet di sini..sambil makan mengadap kolam renang dan melihat keindahan pantai serta mendengar deruan ombak di waktu pagi malahan layanan dari staf juga amat mesra..!! ;)
..oh ya ada sebuah lounge seaview yang baru di buka dekat kolam renang..bagi yang suka berhibur dengan loud music sampai awal pagi tu mungkin suka la tempat macam ni..cuma saya rasa kurang sesuai la lokasinya yang terlalu dekat dengan restoran horizon!!


..video footage'




..bersama dengan salah seorang staf cafe yang cukup mesra dan melayan kami dengan baik..



 





..bersarapan bersama suami sebelum dia ke kursus..



..antara menu ala-carte..


..kopi 'o' ais pekat'


..nasi goreng istimewa.. (pedas) 
..sangat rekemen..!!


..rice hor fun..
not really recommended..unless tell chef to use flat rice noodles instead of rice..;)


..deep fry calamari tempura..
sangat sangat mengesyorkan!!! ;)


..nasi goreng istimewa 'pedas'
..sangat sangat disyorkan!!..


..pizza..
..boleh tahan juga rasanya..

..set nasi putih bersama ikan masak sweet and sour..
TERSANGAT disyorkan!! memang sedap sangat dan tak pedas..;)


..vege aglio oglio..
sangat disyorkan!!..


..di bawah antara menu sarapan santapan kami..


..ini pilihan saya setiap hari..popia yang sedap dan pasta dengan kuah yang cukup lazat dan tak pedas..





..swimming pool and beach..




'video footage'


..kolam mandi bersaiz sederhana dan mempunyai kedalaman air yang tak begitu dalam..jadi sesuai untuk berenang dan selamat juga..namun masih kena berhati hati juga sebab tiada 'life guard' di sini..
..pilihan lain untuk mandi manda boleh la turun ke tepi pantai depan kolam jer pun..cuma kalau hujan janganlah mandi pantai..sebab angin dan ombak kuat seperti yang anda boleh lihat dalam video di atas..;)
OKU berkerusi roda tak boleh turun sampai ke kolam..cukuplah dapat melihat dari sisi pagar berkaca jer..hee hee..(kira ok dah tu)






..bilik hotel..(bilik OKU)..


..sangat kagum dengan keluasan bilik untuk golongan OKU ..bagi hotel bertaraf 3 bintang ja..namun mampu menyediakan sebuah bilik yang luas untuk penginapan yang lebih selesa khusus buat mereka yang berkerusi roda macam saya..bilik ini juga mempunyai beranda dan mendominasi dua sudut pemandangan iaitu laut dan darat..memang sempoi!!
walaupun bilik ni bukanlah sempurna bagi kegunaan golongan OKU..namun penghargaan harus diberikan buat pihak pengurusan hotel yang berinisiatif untuk mengubahsuai bilik ini menjadi lebih mesra OKU..:)


..katil saiz 'king' yang cukup selesa

..mempunyai ruang yang besar dan sangat sesuai buat mereka yang berkerusi roda..


..kemudahan bancuhan kopi dan teh..


..pelbagai kemudahan peribadi disediakan di bilik mandian..


..pengering rambut tersedia..


..ruang pancuran..
..mungkin agak sempit..tapi masih boleh disesuaikan mengikut keadaan..mohon pihak hotel sediakan kerusi plastik untuk tujuan mandi..


..ada peti besi..penyangkut baju..bantal 'extra'.. tapi
set untuk menyeterika kena minta dari bahagian  'housekeeping' dan cuma boleh guna sejam ja..;)


..cukup memukau..
..what an amazing view from our room at third floor..

..secara peribadi..saya suka dengan apa yang saya lihat dan alami sendiri sepanjang 8 hari 7 malam saya berada di hotel ini..bagi hotel bertaraf 3 bintang..WOW!!! AMAT ..berpuashati..

semoga berjumpa lagi!!
bye..

CUTI-CUTI MALAYSIA!!!


info tambahan

..di sebelah hotel ini ada sebuah bangunan yang sedang dalam binaan..jaraknya yang begitu dekat agak membimbangkan juga..faktor faktor keselamatan tetamu hotel perlu diambil kira oleh pihak pengurusan hotel..supaya tiada kejadian yang tidak diingini  berlaku..


No comments:

Post a Comment