My Precious Moment!!!

Monday, November 20, 2017

PROMOSI BUFFET DI EVERGREEN LAUREL HOTEL, PENANG



Image may contain: food and text



..from my youtube channel..


..OK..Why we keep coming back here for their buffet..and wrote another review on it..

..antara yang positif dan kritis..


  1. 'value for money'!! dengan promosi serta hidangan yang disediakan memang sangat berbaloi!!
  2. staf dan chef di situ yang sangat peramah dan tak lokek berkongsi rahsia dan ilmu serta pengalaman dalam bidang mereka..
  3. ruang makan dan bufet agak luas..jadi selesa untuk bergerak dan menjamu selera..
  4. bagi penggemar 'sashimi' dan makanan laut wajib datang ke sini..kerana tak semua hotel menawarkan hidangan ini dengan harga promosi yang ditawarkan seperti di evergreen laurel hotel..untuk 'lunch' atau 'dinner'..ada ja sashimi okay!! :)
  5. parkir disediakan dan tak kena la hujan dan panas kan!! kalau ada bayaran sikit pun tak apa lah..janji kereta kita selamat kan ..dan tak lah dok risau ja..;)
  6. satu petak parkir untuk OKU ada di depan hotel..tapi tak berbumbung la..tiada bayaran dikenakan!!
  7. antara yang kritis di sini ialah..hidangan bufet di sini mengikut tema..antaranya tema hidangan antarabangsa dan 'japanese and seafood'..cuma sedikit kritikan la..bila sebut ja bufet makanan laut dan jepun..dalam kepala otak melihat hidangan yang berbeza la dari hidangan tema antarabangsa kan..sushi pun tak banyak pilihan..hidangan utama dan 'action stall' serta 'self service station' pun sama juga..;)
  8. harapan saya chef dapat mempelbagaikan lagi menu masakan jepun dan makanan laut lain dari seperti yang sedia ada..OK;)
  9. HARAP MAKLUM ..menu hidangan utama mungkin berbeza pada setiap hari..

..my self with chef at the dessert station..


'ROASTED DUCK'
(MUST TRY)


'NOODLE STATION'

TOM YAM AND CLEAR CHICKEN SOUP



'AMBIANCE' at buffet line!!!
VERY SPACIOUS





'SEAFOOD, SUSHI, SALAD AND SASHIMI STATION'


'MUSSELS COOKED IN SPICY GRAVY'


'STEAK WITH MUSHROOM GRAVY'


'roasted chicken with orange sauce'
!!DELICIOUS!!


..kupang masak lemak cili padi..daging masala..'garlic fried rice'

..masak lemak kupang kali ni sedap kata encik suami..siap ulang tambah tu..;)


..char koay teow segar dari ladang..hee hee..
..dimasak segar dari 'wok' yang panas..
..nak tambah atau kurangkan bahan atau rasa pedas boleh jer..bagi tau chef di situ..;)
..oh ya..jangan lupa hirisan cili padi dengan sos kicap..



..grillED slipper lobster ni nampak mengancamkan??..
..yang penting makan panas panas dan cicah sos istimewa yang disediakan chef..TERBAIK!!! YUMMY..




..bake cheese oyster..

..tak dapat makan tiram segar/mentah pun tak mengapalah..janji ni pun tiram jugakkan..I LOVE oyster..but somehow..oyster ni kalau tak segar..ianya akan ada bau yang tak menyenangkan sikit la..so..bau dan rasa nya boleh menghilangkan selera makan kita..
..oyster di sini okay ja..;)


..my sashimi..

..salmon, tuna, butterfish dan octopus..
..bila la ada orang nak belanja pula ni..mengidam dah ni haa haa???!!@@


..pulut tai tai..
SEDAP YANG TERLAMPAU NIH HAA HAA!!!
..jarang nampak kuih tradisional macam ni disajikan..entah apa mimpi tiba tiba chef pastri buat kuih ni..SEDAP OOO..
..pulut yang lembut elok ja..sekaya pun lemak manis semua cukup rasa..TABIK CHEF!!!.. ;)


..masak kepah bergoreng..ikan tenggiri masak assam dan ekor lembu masak stew..encik suami suka sangat hidangan ni..sedap masak stew tu katanya!!..


..yang suka makanan laut ber-gril..sila lah cuba yer..
..komen saya..
..minta tambah atau tukar lah jenis makanan laut yang lain pula..macam ikan pari ker..ikan kembung ker..umm sebab selalu pi tengok yang sama ja..satu lagi 'gravy' yang letak dalam foil tu..tak sedap la..biji cili pun banyak sangat..tukar la ke 'gravy' ala portugis boleh.. hee hee..okay..satu lagi..air assam siapa buat?? teruk sangat dah tu..tapi sos sos pencicah lain okay ja!!..:)


..sup kambing pun ada..kuah sup sedap..cukup rasa rempahnya..tak pekat sangat..kira okay la..cuma dagingnya liat sikit ja ..!!



..jujurnya..bila pi mana mana bufet pun..jarang la nak jenguk ke kaunter pembuka selera ni kan yang menyediakan salad, kerabu dll..
tapi masa ni..teringin la pula bila nampak hidangan macam menyelerakan..tapi..adoi..sayang sekali la..indah rupanya saja..rasanya memang ada yang tak kena la..PLEASE CHEF!! you can do better hee hee..bila terlalu banyak bahan sangat..hilang pula rasa keaslian kerabu..contoh..kerabu mangga..tu..selain itu kerabu mesti nampak segar dan rasa pun sama..apapun ini cuma pendapat peribadi ja la..:)




..ayam bakar dengan sos oren..filet ikan goreng bersos krim putih..dan beef steak dengan  sos cendawan (not sure)..
ayam bersos oren tu memang sedap!!!..


..lamb chop dengan brown sos..dan itik panggang dengan sos pilihan..itik tu makan tanpa sos pun dah sedap..lembut dan berjus ja daging nya..bagi kambing/lamb pula..chef kena hati hati sikit sebab kalau masak terlalu 'well done' dagingnya akan jadi liat sedikit..la


..ini lagi satu menu wajib yang menjadi pujaan hati ku..haa haa..
..bagi penggemar tegar sashimi..pasti takkan lepaskan peluang menikmati hidangan ini kan..


..hello semua!!! char koay teow adalah menu wajib yang saya makan di sini..mula ja bufet..terus ke kaunter minta chef goreng panas panas tau..;)



..Umm..antara koktel buah buahan yang paling sedap pernah kami makan..WOW..kalau anda ke sini..mesti kena cuba OK!!


..antara pemanis mulut yang kami cuba..
..pilihan mini kek pelbagai rasa serta puding yang enak sekali..
..manis, lemak, berkrim SYIOKK!!!


..selalu makan bufet di sini..saya tak pernah cuba makan di bahagian  kaunter  mee sup nya yang menyediakan pelbagai jenis mee pilihan dengan 2 jenis kuah sup..jadi kali ni cuba juga sup ala 'koay teow t'ng' tu..MEMANG SEDAP!!! ..janji ada minyak bawang putih dan hirisan cili padi..bahan bahan sampingannya/taburan pun banyak..pilih ja apa yang kita suka..selain tu ada juga sup tomyam yang nampak menyelerakan..:)

(..selalu sangat dah sup jenis ini yang disediakan setiap kali ber-bufet di sana..mohon tukar sikit kuah supnya..seperti mee rebus ka..laksa ka dll lagi..) hee hee..



..sajan tempura goreng seperti udang, sotong dan pelbagai jenis sayuran..
..kalau boleh udang dan sotong janganlah guna yang salutan tepung segera..sebaliknya goreng yang segar seperti adunan tepung tempura sayur..apapun sos pencicah kicap dan parutan lobak  memang sedap dimakan/cicah bersama tempura goreng ni..!!!
MESTI CUBA!!!


..kaunter buah buahan yang menyajikan lebih kurang 6 jenis buah yang segar sekali..memang banyak pilihan..;)



..pemanis mulut di sini memang tak pernah menghampakan..ada pelbagai jenis mini kek, puding, jeli dll..yang penting semuanya sedap dan berkualiti..namun kalau boleh..jangan lah semuanya pemanis mulut orang putih/barat..sebaliknya tambahlah sikit menu kuih tempatan jugak..hee hee



..bagi yang suka ber-bufet jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini OK..


Salam Sayang
Shima
XOXOXO






No comments:

Post a Comment